Monday, June 14, 2021

3,211 kes baru Covid-19, lebih 200 di dalam ICU

8 kes kematian turut dilaporkan.

Other News

Sebanyak 3,211 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk lima jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 151,066, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,939 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 115,227 kes atau 76.3%.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 889 kes atau 27.2% diikuti Johor 535 (16.7%) dan Sabah 514 kes (16%),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 35,253.

“Daripada jumlah itu 204 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 87 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat lapan lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 586 orang.

“Empat kes kematian dilaporkan di Selangor, dua di Sabah dan masing-masing satu di Johor dan Kedah,” katanya.

Katanya terdapat 12 lagi kluster baru dikesan.

“Tiga kluster dilaporkan di Johor membabitkan Kluster Persiaran Selatan (61 kes), Kluster Jalan Kluang (18 kes) dan Kluster Kampung Perani (18 kes),” katanya.

Tambahnya, dua kluster masing-masing dilaporkan di Selangor dan Sabah melibatkan Kluster Jalan Telok Gong (108 kes), Kluster Lingkaran Lintang (25 kes) dan Kluster Ladang Baturong (54 kes), Kluster Ladang Matamba (20 kes).

“Baki lima lagi kluster merupakan Kluster Tapak Bina Damai di Kuala Lumpur (130 kes), Kluster Pondok Hidayah di Kelantan (15 kes), Kluster Kota Road di Perak (18 kes), Kluster Tembok Kemus di Melaka (22 kes) dan Kluster Restoran Putra di Putrajaya (19 kes)”.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles