- Iklan -
Berita

Zahidi positif Covid-19

Timbalan menteri komunikasi dan multimedia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Zahidi dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut. Gambar: Facebook
Zahidi dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut. Gambar: Facebook

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat timbalan menteri itu dalam satu kenyataan yang menyatakan  Zahidi menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Isnin lepas (11 Januari).

Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah mempermudah urusan semua yang terlibat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan pejabatnya,  Zahidi  telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25 Disember lepas yang keputusannya adalah negatif.