- Iklan -
Berita

Tidak sesuai adakan PRU kerana kes Covid-19 tinggi, kata Dr Mahathir

Pandangan itu berdasarkan pengalaman ketika di Pilihan Raya Negeri Sabah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berpendapat adalah tidak sesuai untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini memandangkan negara masih berhadapan dengan jumlah tinggi kes harian jangkitan Covid-19.

“Saya berpendapat daripada pengalaman kita ketika di Pilihan Raya Negeri Sabah, apabila diadakan PRU nanti, maka wabak Covid-19 ini akan merebak sehingga sekarang ini tidak berhenti. Jadi, kalau kita adakan PRU sekali lagi, mungkin 50% daripada kita akan terkena Covid-19,” katanya.

Ditanya pemberita selepas melancarkan platform e-dagang, Herbee oleh The Human Life Advancement Foundation (HLAF) and Dropee di sini hari ini, sama ada beliau akan bertanding pada PRU15, Mahathir secara berseloroh berkata: “Saya dah umur 95 tahun, tak boleh berjalan berapa betul dah, takkan nak suruh saya bertanding lagi.”