Monday, November 29, 2021

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda positif Covid-19

Aminolhuda telah mengalami gejala demam sejak empat hari lepas sebelum membuat ujian calitan hari ini.

Other News

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan, hari ini disahkan positif Covid-19 hari ini.

Mengesahkan perkara itu, beliau berkata telah mengalami gejala demam sejak empat hari lepas, lalu mengambil keputusan untuk membuat ujian calitan hari ini.

Katanya, ujian calitan dibuat di sebuah klinik swasta di bandar raya ini dan hasil keputusan didapati positif.

“Doktor telah berhubung dengan hospital dan buat masa ini dimaklumkan tidak ada kekosongan katil di hospital untuk menerima pesakit. Jadi buat masa ini saya terpaksa kuarantin di rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Aminolhuda yang juga pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, dalam masa sama menjelaskan beliau tidak dapat memastikan, bagaimana boleh dijangkiti virus tersebut.

Terdahulu, wakil rakyat itu juga turut berkongsi mengenai perkara itu di Facebook rasminya dan memohon sesiapa yang ada bertemu dengannya beberapa hari lepas, untuk membuat pemeriksaan Covid-19.

“Mohon maaf kepada semua. Mohon juga doa agar Allah permudahkan dan segerakan kesembuhan saya,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles