Thursday, December 2, 2021

Mat Sabu dakwa darurat perintah serangan ke atas Parlimen ala Capitol

Katanya, Muhyiddin tidak hormat keputusan pilihan raya.

Other News

Presiden Amanah Mohamad Sabu muncul sebagai ahli Parlimen pembangkang pertama yang membidas pengisytiharan darurat selepas perkenan Yang di Pertuan Agong dengan membandingkannya dengan keadaan di Amerika Syarikat di mana darurat diumumkan di Washington untuk mengelak tragedi tunjuk perasaan berulang di Capitol Hill oleh penyokong Presiden Donald Trump.

“Muhyiddin ikut cara Donald Trump. Serang Parlimen (Capitol), istihar darurat dan tidak hormat keputusan pilihan raya,” kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat sabu dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Hari ini, Trump mengisytiharkan darurat di Washington D.C. menjelang pelantikan rasmi bakal Presiden Joe Biden yang dijadual 20 Januari ini dengan memerintahkan Persekutuan membantu gerak kerja susulan Perasmian Presiden ke-59 dari 11 Januari hingga 24 Januari 2021.

Pada Isnin, media melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran protes bersenjata sedang dirancang di semua 50 ibu negara Amerika Syarikat (AS), termasuk bangunan Capitol, menjelang pelantikan rasmi presiden.

Awal Januari lalu, sekumpulan penyokong setia Trump menyerbu bangunan Capitol, bertempur  dengan polis dan merosakkan harta benda.

Rusuhan itu tercetus selepas Trump mendesak penyokongnya untuk membantah apa yang didakwanya berlaku penipuan dalam pilihan raya.

Sementara itu di Malaysia, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan satu pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik Covid-19 berkuat kuasa hari ini sehingga 1 Ogos 2021.

Dalam satu kenyataan, Istana Negara memberitahu Istana Negara itu, satu jawatankuasa bebas yang dianggotai ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan akan ditubuhkan.

Tambah kenyataan itu lagi, semalam Perdana Menteri Muhyidin Yassin menyembah maklum keputusan Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif Covid-19 harian yang mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

“Setelah memperhalusi penjelasan YAB perdana menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali; Peguam Negara Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani bin Salleh, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang, maka Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Perlu dimaklumkan bahawa perkenan ini juga mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.”

Dalam ucapan perutusannya pagi tadi, Muhyiddin turut memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang mengancam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Beliau berkata Parlimen juga tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat dilaksanakan, dan Pilihan Raya Umum (PRU) atau Kecil akan diadakan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles