- Iklan -
Berita

Kotak hitam pertama pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ditemui

Ia ditemui di sekitar perairan Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, pada pukul 4.20 petang waktu Indonesia Barat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kotak hitam perakam data penerbangan yang ditemui hari ini. Gambar: AFP
Kotak hitam perakam data penerbangan yang ditemui hari ini. Gambar: AFP

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) hari ini.

Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan, berkata kotak hitam yang ditemukan itu adalah perakam data penerbangan atau flight data recorder (FDR).

FDR itu ditemukan pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia, di sekitar perairan Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, pada pukul 4.20 petang waktu Indonesia Barat.

“Operasi pencarian akan tetap diteruskan bagi mengesan ‘Cockpit Voice Recorder’ (CVR), mengesan serpihan pesawat, dan mengesan mangsa korban,” kata Hadi Tjahjanto.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang terbang dari Jakarta ke Pontianak membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan selepas berlepas pada pukul 2.36 petang pada Sabtu lepas, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.