Saturday, February 27, 2021

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat sulung BPN PN Johor esok

Muhyiddin dijangka mengumumkan pembentukan struktur PN peringkat negeri.

Other News

Mengejek tak membantu perbaiki kelemahan bahasa Inggeris guru, kata pendidik

Mereka berkata, sebutan yang tidak tepat seharusnya dibetulkan secara positif, bukannya mengejek kerana ia tidak memperbaiki apa-apa.

Throwing stones won’t help, educationists say on teacher with ‘bad English’

They say mispronunciations should be corrected through positive reinforcement, and that mocking others for their English won't improve anything.

UK Supreme Court rejects legal bid by IS bride to return

Five judges at the Supreme Court gave a unanimous decision in the case of Shamima Begum, whose legal battles have come to be seen as a test of how Britain treat nationals who joined jihadists.

Khairy jelaskan mengapa tidak ambil vaksin Pfizer

Beliau merupakan menteri yang menguruskan pembelian vaksin dan masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Duta AS baru lapor diri di Kuala Lumpur

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Asia Tenggara dan pernah bertugas di Jakarta dan Seoul.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat sulung Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Johor di Putrajaya, esok.

Mesyuarat itu bakal menjadi pencetus kepada gerak kerja besar-besaran di seluruh negara yang akan tertumpu kepada usaha membantu memulihkan kembali kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Menurut jurucakap PN Johor, menerusi mesyuarat pertama BPN Johor itu, Muhyiddin yang juga pengerusi PN dan pengerusi BPN PN Johor, dijangka mengumumkan pembentukan struktur PN peringkat negeri.

“Mesyuarat juga akan merangka, menyenarai dan menyelaraskan segala program dan aktiviti parti di peringkat negeri menerusi pelantikan jawatankuasa penyelaras Parlimen dan Dewan Undangan Negeri PN,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Selain itu, pembentukan struktur gabungan yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS serta program dan aktiviti yang dirancang, dijangka menjadi model kepada PN di negeri-negeri lain khususnya dalam mengendalikan program di negeri masing-masing.

“Sebagai sebuah gabungan parti politik baharu yang menerajui kerajaan pusat, segala program akan memberi fokus kepada usaha membantu rakyat terutama golongan B40 dan M40 sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama antara parti dan kedudukan PN sebagai parti pemerintah,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata perincian mesyuarat itu sedang dibincangkan oleh wakilnya dan wakil Bersatu.

“Dalam mesyuarat itu, kita akan bentuk jawatankuasa bersama dan akan ada lantikan Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan ahli-ahli jawatankuasa.

“Mesyuarat ini penting kerana kita cuba menyesuaikan diri antara kedua pihak (Bersatu dan PAS). Macam salam perkenalan dan memperbincangkan strategi sesuai untuk Johor,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini.

Menurut Abdullah, menerusi mesyuarat ini pendekatan dan strategi yang bersesuaian dengan kedua-dua parti berkenaan akan dicari supaya ia sesuai dengan suasana politik Johor.

Beliau berkata mesyuarat itu juga dijangka dihadiri oleh lima pemimpin tertinggi PAS Johor termasuk dirinya dan lima daripada Bersatu Johor termasuk Muhyiddin, yang juga pemangku pengerusi dan presiden Bersatu.

Ketika ditanya sama ada Umno akan turut serta dalam mesyuarat itu, Abdullah berkata:“ Umno tidak terlibat, tetapi PAS tetap akan meneruskan Muafakat Nasional (MN) dengan Umno.

“Dengan Bersatu, hubungan kita melalui PN, dengan Umno MN. Hubungan kita dengan Umno pun masih baik,” kata Abdullah.

Pada 5 Januari lepas, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin menerusi kenyataan di Facebook beliau mengumumkan pelantikan seramai 14 Pengerusi BPN PN termasuk Muhyiddin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Umno tak boleh ubah keputusan BN sesuka hati, kata MIC

Keputusan untuk bersama dengan PN membentuk kerajaan sebelum ini dilakukan sebagai 'en-bloc' BN dan bukannya atas mana-mana parti.

Lihat perkara baik Langkah Sheraton, penyokong PH diberitahu

Kata Wong Chin Huat Langkah Sheraton membawa satu era baru dalam gabungan politik yang tidak rigid dengan parti-parti politik bersedia untuk berkompromi.

Muhyiddin terima dos pertama vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan pertama dalam program imunisasi itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Muhyiddin individu pertama terima vaksin Covid-19 hari ini

Turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah serta empat lagi warga kerja kementerian kesihatan.