Saturday, March 6, 2021

Lokasi kotak hitam pesawat Sriwijaya Air dikenal pasti

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak lima bungkusan cebisan-cebisan mayat telah dihantar ke Rumah Sakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati.

Other News

Malaysia catat tujuh kawasan gelombang haba tahap kuning

MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini.

Kerajaan kaji langkah lindungi sektor komoditi hadapi cuaca panas

Pekebun kecil getah dan kelapa sawit sering terjejas ketika menghadapi musim panas.

205 warga asing ditahan imigresen di pangsapuri Pudu

Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke JIM di Kompleks Kementerian Dalam Negeri.

BN’s ‘chief media officer’ suspended, but does the post exist?

Barisan Nasional is said to be in damage control mode after the release of a statement nearly identical to another issued by Pakatan Harapan leader Anwar Ibrahim.

Ketua pegawai media BN digantung, tetapi apakah jawatan itu wujud?

Jawatan itu diwujudkan bagi melindungi presiden Umno yang menerima kritikan parti komponen BN.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi pencarian pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, mula menemukan serpihan pesawat dan enjin, barangan penumpang serta cebisan-cebisan mayat.

Operasi pencarian kini juga berfokus kepada mendapatkan kotak hitam pesawat, selepas koordinat pesawat yang terhempas di perairan itu telah dikenal pasti.

Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto dalam siaran media yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan berkata pasukan SAR telah mengenal pasti kotak hitam itu di satu koordinat (tidak dinyatakan) yang berada pada kedalaman 23 meter di perairan berkenaan.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak lima bungkusan cebisan-cebisan mayat telah dihantar ke Rumah Sakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati.

Ketua Rumah Sakit Polri Kramat Jati Asep Hendradiana dipetik agensi berita Antara berkata, pihaknya juga sedang mengumpul asid deoksiribonukleik (DNA) anggota keluarga para penumpang pesawat berkenaan.

Biro Komunikasi dan Informasi Publik, Kementerian Perhubungan dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan SAR setakat ini telah menjumpai beberapa bahagian pesawat seperti pecahan pesawat, jaket penyelamat, beberapa bahagian dalaman pesawat dan barangan penumpang seperti pakaian, beg dan kad identiti pengenalan penumpang.

Pelbagai objek dan cebisan mayat itu ditemukan di perairan Kepulauan Seribu pada kedalaman 23 meter di dasar laut.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air itu terputus hubungan selepas berlepas pada pukul 2.36 petang waktu Indonesia barat dari Jakarta menuju Pontianak, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta semalam.

Penerbangan Sriwijaya SJ-182 itu membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa

Pandemik Covid-19 tidak bermakna negara tidak memberi perhatian dalam hubungan antarabangsa.

Jakarta crippled by floods

More than 1,300 residents have been evacuated to temporary shelters, with parts of the capital under 1.2m to 2.7m of water.

Indonesia kicks off second wave of Covid-19 vaccinations

Medical teams are now focusing on workers in close contact with the public and people over 60.

4 dead, 14 missing in Indonesia landslide

Rescue crew say they are currently unable to bring heavy equipment to the landslide site.

Netherlands halts adoptions from abroad due to historical trafficking

‘Trafficked’ Dutch-Indonesian adoptees are still searching for their lost biological parents with little success.