Friday, March 5, 2021

Jumlah mangsa banjir di 3 negeri menurun, kecuali Pahang, Johor

Jumlah mangsa di kelima-lima negeri masih melepasi 40,000 orang.

Other News

Pengerusi BN terus gesa sidang Parlimen ketika darurat

BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.

Bersatu says PN still in charge, views Umno decision seriously

The party says its focus is on the economy and the pandemic, and that it takes a serious view of Umno's decision.

Hanya MySejahtera digunapakai bagi solat Jumaat di Selangor berkuat kuasa esok

Sebarang aplikasi pengimbas selain MySejahtera tidak diterima oleh Jais bagi jemaah yang ingin masuk ke dalam masjid dan surau.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Kelantan dan Perak dilaporkan menurun, Johor kekal manakala Pahang sedikit meningkat pagi ini.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jumlah mangsa di kelima-lima negeri masih melepasi 40,000 orang, selain paras air sungai di beberapa negeri juga masih melepasi tahap bahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi portal rasminya turut melaporkan cuaca hujan akan berterusan di negeri-negeri tersebut.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir di 280 PPS sedikit meningkat kepada 26,540 orang setakat 7 pagi ini, berbanding 26,496 semalam dengan Temerloh mencatatkan bilangan mangsa tertinggi sebanyak 12,045, diikuti Maran (3,728), Pekan (2,406), Lipis (2,330), Raub (1,788), Bera (1,551), Jerantut (1,493) Kuantan (999) dan Rompin (200).

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, ANIH Berhad dalam kenyataan medianya awal pagi ini melaporkan laluan KM126.3 antara persimpangan Temerloh ke Chenor masih lagi ditutup kepada pengguna jalan raya.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 10,086 orang di 43 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 10,439 orang pada 3 petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, hanya dua daerah masih terjejas ketika ini iaitu Kemaman dengan 8,626 mangsa dan Dungun (1,460) manakala di Hulu Terengganu, kesemua mangsa dibenarkan pulang lewat petang semalam.

Di Kelantan jumlah mangsa yang dipindahkan membabitkan tiga jajahan semakin berkurang kepada 2,990 setakat 8 pagi ini berbanding 3,697 petang semalam, dengan 35 PPS yang masih aktif.

Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 1,510 orang diikuti Kuala Krai (1,232) dan Tanah Merah (248).

Di Perak banjir semakin pulih apabila hanya tinggal 93 penduduk terjejas yang ditempatkan di dua PPS setakat pukul 7 pagi ini, melibatkan 77 mangsa di Hilir Perak dan 16 lagi di Hulu Perak.

Di Johor, mangsa banjir yang berada di PPS kekal seramai 479 orang pagi ini, yang ditempatkan di sembilan PPS di tiga daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan Johor R.Vidyananthan berkata, PPS di Mersing menempatkan 320 mangsa, Segamat (94) dan Kota Tinggi (65 orang).

“Dua jalan iaitu Jalan Haji Suhud di Johor Bahru dan Jalan Tanah Abang di Mersing, juga masih ditutup ketika ini kepada semua jenis kenderaan,” katanya menerusi kenyataan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Singapore cops find gun smuggled from Malaysia in drug bust on gang member

For a little under RM4,300, Muhammad Ikram Abdul Aziz was able to obtain the gun and eight bullets from a man in Johor Bahru which he then smuggled into Singapore.

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.

Gelaran Datuk Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik

Surat penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran terhadap mereka berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Kadar kebolehjangkitan di Johor tertinggi, kata KP Kesihatan

Kadar kebolehjangkitan untuk seluruh negara pula ialah 1.09.

Mangsa banjir Sarawak meningkat kepada 133 orang

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.