Sunday, February 28, 2021

Lebih 43,000 masih di pusat pemindahan banjir

Keadaan banjir di lima negeri menunjukkan sedikit tanda positif.

Other News

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

New cases stay above 2,000 as 10 more deaths reported

190 in the ICU, 99 in need of respiratory assistance.

Hamid Bador jelaskan mengenai kompuan RM10,000

Katanya ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000.

RM10,000 fine not for all SOP offences, top cop explains

Abdul Hamid Bador says the RM10,000 compound will not be issued for offences such as failure to wear face masks.

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Keadaan banjir di lima negeri menunjukkan sedikit tanda positif apabila jumlah operasi pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan, pagi ini.

Setakat 8 pagi ini, sejumlah 43,791 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 47,038 mangsa petang semalam.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir menunjukkan sedikit penurunan iaitu 26,016 mangsa setakat 7 pagi ini, berbanding 27,090 orang petang semalam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan Temerloh masih lagi mencatatkan mangsa banjir tertinggi iaitu 11,547 diikuti Maran (3,002); Lipis (2,421); Pekan (1,968); Raub (1,866); Jerantut (1,663); Kuantan (1,530); Bera (1,383) dan Rompin (636) yang ditempatkan di 290 PPS.

Portal berkenaan turut memaklumkan air Sungai Pahang di daerah Bera, Maran, Pekan dan Temerloh melepasi tahap bahaya.

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad dalam laman Twitternya memaklumkan laluan di KM126 Chenor-Temerloh masih ditutup di kedua-dua arah.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 11,804 orang di 53 PPS, berbanding 13,092 orang pada 3 petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 9,424 orang diikuti Dungun (2,292) dan Hulu Terengganu (88).

“Penurunan ini kerana ada kawasan di Hulu Kemaman yang banjirnya sudah surut, jadi penduduk terjejas sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.  Bagaimanapun, situasi banjir di bandar Chukai masih belum pulih ketika ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan dua sungai di dua daerah masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman setinggi 5.83m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau setinggi 13.04m.

Di Kelantan, sebanyak 4,633 orang daripada 1,386 keluarga masih ditempatkan di 60 PPS membabitkan enam jajahan negeri itu.

Berdasarkan aplikasi Info Bencana JKM, Kuala Krai masih kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,400 orang diikuti Pasir Mas (1,592); Tanah Merah (406); Gua Musang (149); Jeli (64) dan Kota Bharu (22).

Portal infobanjir.water.gov.my memaklumkan setakat 7 pagi ini, lima sungai di negeri itu merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.38 meter), Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah (17.36m), Sungai Kelantan di Jeti Kastam (5.04m), Sungai Golok di Rantau Panjang (10.42m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu (2.92m).

Di Johor, sebanyak 1,207 mangsa daripada 305 keluarga masih berada di 13 PPS pagi ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 578 orang daripada 137 keluarga berada di dua PPS di Kluang; 320 mangsa daripada 85 keluarga di lima PPS di Mersing; 148 orang daripada 35 keluarga (tiga PPS di Kota Tinggi); 89 orang daripada 24 keluarga di dua PPS di Segamat dan 72 mangsa daripada 24 keluarga di sebuah PPS di Johor Bahru.

“Setakat ini, dua jalan iaitu Jalan Haji Suhud di Johor Bahru dan Jalan Tanah Abang di Mersing masih ditutup kepada semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Di Perak, seramai 131 mangsa banjir daripada 35 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di daerah yang terjejas.

Menurut portal Info Bencana JKM, daerah Hilir Perak mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 108 orang diikuti Hulu Perak (16) dan Perak Tengah (tujuh).

Menurut infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Perak di Kuala Kenderong dan Tasik Temenggor di Hulu Perak serta di Kampung Gajah dalam daerah Perak Tengah kini pada tahap amaran selepas masing-masing mencatat bacaan 112.31m, 247.15m serta 6.71m, setakat 7 pagi ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Mangsa banjir Sarawak meningkat kepada 133 orang

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Banjir di Sarawak, Pahang semakin pulih

Keadaan banjir di Sabah tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat

Keadaan di Sarawak kekal, Pahang pula semakin pulih.

Program vaksinasi Covid-19 mengikut jadual, kata PM

Program vaksinasi ini berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.

Mangsa banjir di Sabah bertambah

Keadaan di Pahang dan Sarawak semakin pulih.