Tuesday, March 2, 2021

Sekatan perjalanan Maria Chin tidak sah, kata mahkamah

Sekatan perjalanan itu dikenakan terhadap ahli Parlimen Petaling Jaya, pada Mei 2016.

Other News

Pengeluar kertas terbesar Asia tambah pelaburan RM5.4 bilion di Malaysia

Syarikat Nine Dragons Paper Syarikat tersenarai di papan utama Bursa Hong Kong.

Penguasaan proton cecah tahap tertinggi, 27.1% dalam tujuh tahun

Proton mengakhiri Februari dengan gandaan jualan mengatasi angka Januari 2021 sebanyak 5,964 unit.

China’s Muslim crackdown reaches tropical paradise island 

A Muslim commentator says Beijing wants Muslim ethnic groups throughout China to lose any sense of unity their religion provides.

RM164 bilion pelaburan diluluskan di Malaysia pada 2020

Miti berharap pelaburan tersebut dapat mewujudkan 114,673 pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor ekonomi setelah dilaksanakan.

Fasa 1 program imunisasi Covid-19 libat 7,000 anggota bomba

Barisan hadapan negara itu didaftar dan bakal mendapat suntikan bermula Jumaat ini.

Sekatan perjalanan ke luar negara yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, pada Mei 2016, adalah tidak sah, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel tujuh hakim, berkata  tidak ada peruntukan undang-undang yang menetapkan dengan jelas bahawa ketua pengarah imigresen dan menteri dalam negeri mempunyai hak mengeluarkan larangan berkenaan terhadap Maria.

“Hak untuk melakukan perjalanan ke luar negara adalah hak asasi yang dijamin kepada semua orang di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan. Maka sudah jelas hak perayu (Maria) telah dinafikan,” katanya dalam penghakimannya.

Maria, 64, yang merupakan bekas pengerusi Bersih 2.0, memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Ketua pengarah imigresen untuk menghalangnya melakukan perjalanan ke Korea Selatan pada 15 Mei 2016, untuk menerima anugerah bagi Bersih 2.0.

Bagaimanapun, larangan perjalanan itu ditarik balik pada 17 Mei 2016 selepas dua hari larangan itu dikeluarkan.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakimannya pada 18 Mei 2017 manakala rayuannya ditolak di Mahkamah Rayuan pada 25 Mei 2018.

Mengenai kebergantungan pihak imigresen pada surat pekeliling dalaman untuk mengenakan larangan terhadap Maria, Tengku Maimun berkata larangan itu tidah sah jika responden (ketua pengarah imigresen dan menteri dalam negeri) hanya mempunyai surat pekeliling tersebut yang tiada memiliki kuasa.

“Saya meneliti surat pekeliling dan tidak menemukan apa-apa dokumen yang menunjukkan pihak responden mempunyai kuasa untuk menyenaraihitamkan pemegang pasport yang sah selain daripada situasi fakta khusus di mana mereka kehilangan pasport mereka,” katanya.

Anggota panel tersebut terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan, Abdul Rahman Sebli, Hasnah Mohammed Hashim, Mary Lim Thiam Suan dan Harmindar Singh Dhaliwal, secara sebulat suara membenarkan Maria merayu persoalan undang-undang pertama.

Persoalan pertama menyentuh Seksyen 3(2) Akta Imigresen 1959, sama ada ketua pengarah imigresen mempunyai kuasa yang tidak terbatas untuk mengenakan larangan perjalanan atau adakah ketua pengarah imigresen boleh mengambil tindakan itu atas alasan yang mempengaruhi hak demokratik warganegara seperti mengkritik kerajaan.

Bagaimanapun, dengan keputusan majoriti 4-3, mahkamah tersebut bersependapat dengan pihak responden berhubung Seksyen 59 dan 59A Akta Imigresen 1959.

Seksyen 59 memberikan menteri dalam negeri dan ketua pengarah imigresen hak untuk tidak memberikan alasan ke atas tindakan mereka, kecuali berkaitan ketidakpatuhan prosedur.

Fasal dalam Seksyen 59A Akta Imigresen menghalang warganegara yang terjejas haknya untuk mendapat semakan kehakiman.

Hakim Abdul Rahman, dalam keputusan majoriti, berkata Seksyen 59A menyatakan dengan jelas tentang niat Parlimen dengan mengecualikan semakan kehakiman atas keputusan menteri dalam negeri, ketua pengarah imigresen dan pihak berkuasa negeri Sabah dan Sarawak.

Hakim  lain yang bersetuju dengan keputusan tersebut ialah Hakim Rohana, Hasnah dan Lim manakala Tengku Maimun, Nallini dan Harmindar berpendapat undang-undang tersebut tidak berperlembagaan dan perlu dibatalkan.

Maria diwakili peguam Gurdial Singh Nijar, Lim Wei Jiet, Abraham Au Tian Hui da Joshua Andran manakala pihak responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, Liew Horng Bin dan Mohd Sabri Othman.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Perkasa perlu bayar RM150,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnahnya

Mahkamah membenarkan rayuan Lim untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Malaysiakini bayar denda RM500,000

Malaysiakini yang diwakili peguam A. Surendra Ananth, ketika dihubungi mengesahkan denda itu dibayar di kaunter mahkamah hari ini.

Mahkamah Persekutuan dapati Malaysiakini bersalah, tetapi pengarang dibebaskan

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf membuat keputusan itu pagi ini.

Anwar fail rujuk soalan pengisytiharan darurat ke Mahkamah Persekutuan

Soalan yang dikemukakan keputusan menasihati dan/atau nasihat yang diberikan oleh Kabinet yang dipimpin oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah isytihar Rosliza Ibrahim sebagai bukan Islam

Wanita berbapakan seorang Islam dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.