Sunday, May 9, 2021

Pengasas Tesla, Elon Musk terkaya dunia

Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Amazon.

Other News

Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk muncul individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih AS$188 bilion atau RM759 bilion, lapor agensi berita Xinhua.

Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua, menurut Bloomberg Billionaire Index.

Pengasas Tesla itu mencapai puncak kekayaan berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih AS$150 bilion.

Musk memegang kira-kira 20% ekuiti Tesla. Beliau juga memiliki kepentingan sekitar 42 juta dolar AS, menurut laporan SEC.

Saham Tesla naik 7.94% pada Khamis, mencecah AS$816 pada penutup.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles