Thursday, March 4, 2021

Kestabilan politik tugas utama kerajaan, kata Saifuddin

Tumpuan buat masa ini terarah kepada usaha membantu mangsa banjir.

Other News

Pengerusi BN terus gesa sidang Parlimen ketika darurat

BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.

Bersatu says PN still in charge, views Umno decision seriously

The party says its focus is on the economy and the pandemic, and that it takes a serious view of Umno's decision.

Hanya MySejahtera digunapakai bagi solat Jumaat di Selangor berkuat kuasa esok

Sebarang aplikasi pengimbas selain MySejahtera tidak diterima oleh Jais bagi jemaah yang ingin masuk ke dalam masjid dan surau.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Tugas utama kerajaan pada masa ini ialah memastikan kestabilan politik bagi membolehkannya berfungsi dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab dengan baik bagi memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Pahang Saifuddin Abdullah.

Saifuddin yang juga ketua Majlis Pimpinan Bersatu Pahang berkata rakyat kini berada dalam kesusahan dan menjadi tugas kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban dan membangunkan masa depannya.

“Rakyat menaruh harapan untuk kerajaan berkhidmat dengan sehabis baik sebagai kerajaan yang prihatin, bukannya berpolitik tanpa akhiran,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin turut mengulangi pendirian sebulat suara Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang memberikan sokongan penuh kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri,  pengerusi PN dan presiden Bersatu.

Katanya kesemua pihak kini hendaklah bersatu dalam saf kepimpinan dan membentuk parti yang padu dan kuat untuk bersama-sama membantu perdana menteri menangani pandemik Covid-19 dan mengemudi pemulihan ekonomi.

“Kedua-dua perkara ini adalah fokus kita pada masa ini. Meskipun kita juga berhadapan dengan krisis politik, tetapi ia kita hadapi dengan bijaksana dan tertib,” katanya.

Saifuddin turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan perdana menteri melantik beliau memegang kedua-dua jawatan itu.

Bagi negeri Pahang, Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota, berkata tumpuan buat masa ini terarah kepada usaha membantu mangsa banjir dengan Sekretariat Bersatu Pahang menyalurkan bantuan ke kawasan yang terjejas banjir secepat mungkin.

Katanya mesyuarat Majlis Pimpinan Bersatu Pahang  juga akan diadakan secepat mungkin bagi meneruskan agenda perjuangan parti di peringkat negeri dan merangka proses membangunan PN negeri itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.

Bersatu says PN still in charge, views Umno decision seriously

The party says its focus is on the economy and the pandemic, and that it takes a serious view of Umno's decision.

Permulaan baik untuk Sabah, tetapi masih banyak perlu dilaksana

Kerajaan negeri masih perlu meneruskan bantuan kewangan dengan sewajarnya bagi sektor perniagaan yang terjejas.

Ahli Parlimen Sarawak keluar PKR ‘mesej kepada Anwar’, kata penganalisis

Langkah ahli Parlimen Julau yang mengalihkan sokongan kepada Perikatan Nasional juga dilihat sebagai isyarat kepada Umno menjelang sidang Parlimen.

Rise of ‘underdog’ Muhyiddin puts to rest debate on ‘Mahathir or Anwar’, says analyst

With the opposition in disarray, the prime minister's brand may just work in the next polls.