Friday, September 17, 2021

Twitter sekat akaun Trump

Ia disekat hampir 12 jam kerana pengunaan bahasa retorik melampau.

Other News

Twitter pada Rabu menyekat akaun Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya 12 jam kerana bahasa retorik melampau dan memberi amaran akaun itu mungkin akan ditutup sepenuhnya jika masih melanggar peraturan, lapor Agensi Anadolu.

“Ekoran situasi kekacauan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan berterusan di Washington, DC, kami telah mengarahkan tiga Tweet @realDonaldTrump yang disiarkan awal hari ini dipadamkan kerana melanggar peraturan terhadap dasar integriti sivik kami,” kata syarikat media sosial itu di laman sesawangnya.

“Ini bermakna akaun @realDonaldTrump akan disekat selama 12 jam. Jika Tweet masih tidak dipadam akaun akan tetap disekat.”

Tambah syarikat itu, jika selepas ini masih melanggar peraturan “akan mengakibatkan  akaun @realDonaldTrump terus ditutup.”

Twitter sebelum ini menyekat tiga ciapan Trump.

Antara ciapan Trump menerusi video yang dimuat naik beliau mengulangi dakwaannya pilihan raya presiden “dicuri dari kami” dan menggesa penyokongnya balik. Ciapan kedua Trump mempertahankan apa yang dilakukan penyokongnya.

Facebook dan YouTube turut menarik balik rakaman video yang sama.

Trump dan sekutu politiknya selama berbulan-bulan menuduh Pilihan Raya Presiden 2020 dipenuhi dengan penipuan dan tujuh juta undi ditipu yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokongnya.

Jabatan Kehakiman bagaimanapun, tidak menemukan bukti untuk menyokong dakwaan Trump itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles