Sunday, March 7, 2021

PRU15 hanya akan diadakan selepas Covid-19 reda, kata Bersatu

Agenda utama parti itu kini adalah menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.

Other News

Twitter founder’s auction of first tweet draws US$2 million bid

Buying a tweet means purchasing 'a digital certificate of the tweet, unique because it has been signed and verified by the creator'.

Oral Covid-19 treatment yields ‘promising’ trial data

A pill-based drug called molnupiravir caused a significant drop in patients' viral load after five days of treatment with it, drugmaker says.

Muhyiddin tiba di Jeddah bagi memulakan lawatan rasmi ke Arab Saudi

Lawatan ke negara ini atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Februari 2020 akan sentiasa diingati oleh aktivis politik

Sehingga ini tiada kenyataan rasmi dan terperinci bagi menyatakan sebab-sebab mengapa kerajaan PH ditumbangkan.

Weaning people off tasty junk food onto bland healthy diets is no piece of cake

Banning unhealthy but popular foods is not going to work, say experts, so how best to turn people on to healthier food?

Bersatu berpendirian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya wajar diadakan apabila perkembangan pandemik Covid-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.

Ketetapan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi, yang dipengerusikan oleh perdana menteri yang juga presiden parti itu, Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan berhubung mesyuarat MPT itu berkata, agenda utama parti itu kini adalah menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.

“Bersatu komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 dan bencana banjir ketika ini.

“Tindakan beberapa pihak yang terus menerus melakukan percaturan politik dalam keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar adalah sesuatu yang tidak tepat pada masanya,” katanya.

Wan Saiful berkata selain itu, Bersatu bertekad untuk terus mempertahankan kerjasama politik yang dipersetujui bersama parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ke arah penyatuan ummah dan perpaduan rakyat.

Malahan ia akan diteruskan dengan adil dan saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa dan budaya.

“Dalam konteks PN, Bersatu akan terus memperkukuhkan kerjasama politik bersama parti-parti anggota Perikatan Nasional yang lain iaitu PAS, Star dan SAPP,” katanya.

Wan Saiful berkata Bersatu juga menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan kesungguhan melalui disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan kerjasama politik yang diwujudkan melalui PN dapat terus dihormati dan dipelihara.

“Bersatu memutuskan untuk memberi fokus terhadap pembinaan kekuatan parti melalui amalan politik khidmat dan politik prihatin, serta mengarahkan seluruh jentera untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju menganjurkan siri Jelajah Bersatu 2021 dalam masa terdekat untuk memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Former DAP reps now members, Bersatu confirms

Paul Yong is a member in Batu Gajah while A Sivasubramaniam is a member in Ipoh Barat.

Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak

Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.

Jemaah teruja ‘Abah’ hadir di Masjid Negeri Perlis

Perdana menteri dijadualkan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar hari ini.

Pelaburan, dasar industri sedang difikir semula, kata PM di sebalik amaran perangkap pendapatan pertengahan

Malaysia perlu membangunkan industri eksport dan pembuatan produk-produk kompleks dan rumit.

No ‘new alignment’ with PH, PAS says

The Islamist party says it is committed to strengthening ties among the main Malay parties in the country.