Monday, September 13, 2021

Mengapa permohonan Pejuang perlu rujuk menteri? Dr Mahathir soal RoS

RoS berhak melulus atau menolak sesuatu permohonan tanpa melibatkan campur tangan menteri.

Other News

Pengasas Pejuang, Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoal tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) merujuk permohonan pendaftaran parti itu sebagai entiti politik yang sah kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Mahathir berkata mengikut lunas undang-undang, RoS berhak melulus atau menolak sesuatu permohonan tanpa melibatkan campur tangan menteri kementerian tersebut.

Bekas perdana menteri itu berkata, RoS sudah memberi jaminan permohonan partinya boleh diluluskan selepas memenuhi cadangan pengarah jabatan itu supaya meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti.

“Walaupun baik, tapi RoS kata kena rujuk menteri.

“Ini bermakna proses pentadbiran sudah dipolitikkan. Melebihi peraturan dan udang-undang. Kenapa kena rujuk menteri?” katanya pada sidang media di Putrajaya sehari selepas dimaklumkan bahawa permohonan Pejuang ditolak.

RoS dilaporkan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Penaja Pejuang Amiruddin Hamzah mengenai penolakan permohonan itu pada 5.50 petang semalam, atas alasan pendaftarannya dibuat secara tidak teratur.

“Walaupun baik, tapi RoS kata kena rujuk menteri.

Hari ini sepatutnya ditetapkan bagi pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Pejuang bagi mencabar tindakan RoS yang masih belum meluluskan pendaftaran parti itu.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan permohonan pendaftaran kepada menteri berkenaan, esok.

“Kita berpendapat kita akan ikut segala peraturan dan undang-undang supaya tak ada sebab RoS akan tolak kita,” katanya.

Pada 10 Disember 2020, Amiruddin memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi memohon mahkamah mengisytiharkan tindakan kedua-dua responden tidak memberikan sebarang keputusan atau mendaftarkan parti Pejuang adalah bercanggah dengan kewajiban statutori mereka serta tidak munasabah dan bersifat mala-fide (berniat jahat).

Beliau juga secara alternatif memohon deklarasi bahawa kegagalan kedua-dua responden mendaftarkan permohonan pendaftaran parti itu sebagai pertubuhan berdaftar adalah bercanggah dengan pengharapan sah pemohon.

Turut dipohon perintah mandamus bagi memaksa kedua-dua responden memutuskan permohonan pendaftaran Pejuang mengikut Seksyen 7(1) Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles