Thursday, March 4, 2021

Serang Zeti, pendakwaan mohon mahkamah keluar amaran kepada Najib

Najib dalam Facebooknya telah menggesa Zeti, yang disenaraikan sebagai seorang daripada saksi pendakwaan didakwa menerima wang 1MDB.

Other News

Pengerusi BN terus gesa sidang Parlimen ketika darurat

BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.

Bersatu says PN still in charge, views Umno decision seriously

The party says its focus is on the economy and the pandemic, and that it takes a serious view of Umno's decision.

Hanya MySejahtera digunapakai bagi solat Jumaat di Selangor berkuat kuasa esok

Sebarang aplikasi pengimbas selain MySejahtera tidak diterima oleh Jais bagi jemaah yang ingin masuk ke dalam masjid dan surau.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib Razak telah memohon mahkamah mengeluarkan amaran tegas terhadap bekas perdana menteri itu kerana menyerang bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan saksi, di Facebooknya.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram membangkitkan perkara itu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah berikutan komen dalam talian yang dimuat naik Najib pada 29 Disember lepas, mengenai Zeti, yang didakwa menerima wang 1MDB.

Najib dalam hantaran di Facebooknya telah menggesa Zeti, yang disenaraikan sebagai seorang daripada saksi pendakwaan, untuk membalas catatan blog yang mendakwa keluarganya telah menerima sejumlah wang daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang termasuk dana 1MDB.

“Saya tidak mahu mengemukakan permohonan untuk menarik balik ikat jaminnya atau memulakan prosiding menghina, tetapi saya amat bersyukur sekiranya mahkamah mengeluarkan amaran tegas terhadap tertuduh agar tidak melakukannya lagi.

“Perbicaraan harus berlangsung di mahkamah undang-undang, bukan domain awam dan tentunya bukan di media sosial. Kami mahu jaminan bahawa saksi kami tidak akan diserang,” kata Sri Ram.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah dalam jawapan balasnya berkata Najib dihalang daripada berkongsi pendapatnya mengenai isu itu, ia adalah umpama “peninju yang dihantar ke gelanggang dengan kedua-dua tangan terikat, boleh menerima pukulan tetapi tidak dapat membalasnya kembali”.

Muhammad Shafee  menegaskan beliau sebelum ini telah memohon perintah larangan bagi ahli Parlimen Pekan itu untuk menghentikan media dan pihak awam membincangkan merit kes SRC International Sdn Bhd, tetapi permohonan itu telah ditolak.

“Semua orang boleh mengatakan segala-galanya mengenai anak guam saya. Mereka menggelar beliau penyangak, perompak dan tiada siapa yang mengambil tindakan. peguam negara terdahulu atau peguam negara sekarang, mereka tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada hakim jika perkara itu boleh ditangguhkan kerana beliau mahu membentangkan lebih lanjut pada Khamis ini, yang dipersetujui oleh hakim.

Terdahulu, peguam itu memohon mahkamah agar Najib diberi kelapangan daripada menghadiri perbicaraan esok kerana beliau mahu menjalankan tanggungjawabnya untuk melawat kawasan Pekan, yang terjejas teruk dilanda banjir.

“Saya telah bertanya kepada beliau sama ada beliau pergi ke sana minggu lepas dan beliau berkata tidak kerana belum berlaku banjir pada masa itu, tetapi situasi sejak dua hari lepas, seperti yang dipaparkan media, jauh lebih buruk dan beliau ingin berada di sana untuk bertemu dengan pengundinya. Jika tidak, akan ada kata-kata dan persoalan mengenai ketidakhadirannya, kata Muhammad Shafee.

Hakim Sequerah tidak membenarkan permohonan itu dan meminta perbicaraan diteruskan seperti yang dirancang esok.

Najib, 67, didakwa terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Putrajaya ikrar tidak kompromi selepas penyelesaian RM19 bilion berkait skandal 1MDB

Pada bulan Julai 2020, kerajaan berjaya di dalam rundingan dengan Goldman Sachs untuk mencapai penyelesaian bernilai RM15.8 bilion.

Govt vows no let-up in bringing 1MDB culprits to justice after RM19 billion settlements

Finance minister says Malaysia's claims on individuals such as Jho Low will not be affected or compromised.

Deloitte setuju penyelesaian RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC International

MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.

Polis masih siasat suami Zeti Akhtar terima dana 1MDB

Menurut beberapa laporan suami Zeti, Tawfiq Ayman dan anak-anaknya mengawal akaun mencurigakan berhubung dana 1MDB.

Cops still investigating Zeti’s husband over 1MDB funds claim

Tawfiq Ayman remains under investigation under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.