- Iklan -
Berita

BN pecat Annuar Musa sebagai setiausaha agung, Ahmad Maslan ambil alih

Annuar Musa dikatakan mempunyai pandangan yang tidak selari dengan Umno.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa. Gambar: Bernama
Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa. Gambar: Bernama

Barisan Nasional (BN) memecat setiausaha agungnya, Annuar Musa kerana dikatakan tidak selari dengan parti tunjangnya Umno, kata sumber.

Sumber itu berkata, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan akan mengambil alih jawatan Annuar itu.

Bagaimanapun Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutuan masih belum dimaklumkan mengenai keputusan memecatnya itu kata setiausaha akhbarnya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh sebelum ini lantang memperjuangkan dasar “No Anwar, No DAP” yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno sebelum ini.

Dalam responsnya berhubung isu ini Annuar berkata tidak mahu memberikan sebarang komen pada masa ini.

“Tempoh bertenang,” tulis ahli Parlimen Ketereh itu di Twitter.

Dalam ciapannya itu, Annuar turut memuat naikkan paparan skrin mesej yang dihantarnya kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“DS Presiden, saya diberitahu oleh media, saya dipecat sebagai SUA BN dan SU MN. Saya ucapkan terima kasih atas kesempatan berkhidmat dikedua-dua jawatan tersebut sebelum ini,” tulis Annuar.