Friday, February 26, 2021

Bicara kes 1MDB Najib bersambung hari ini

Ia dimulakan dengan saksi pendakwaan ke-10 iaitu bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB.

Other News

Kes positif Covid-19 meningkat lebih 2,000 semula

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Daily cases back over 2,000, death toll up by 11

2,253 new cases, 3,085 recoveries.

Glove giant Top Glove applies for Hong Kong listing

Top Glove hopes the listing will enable it to raise capital for its global business growth, as well as worldwide expansion and strategic investments.

Projek lebuh raya kontroversi diteruskan walaupun bantahan meningkat?

Pengkritik mengatakan projek PJD Link hampir menyerupai pojek Kidex yang dibatalkan kerana bantahan kuat pada 2015.

Controversial highway project set to go ahead despite growing protests?

Critics say the PJD Link is almost identitcal to the Kidex project cancelled amid strong opposition in 2015.

Setelah hampir empat bulan ditangguhkan, perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah akan bersambung dengan saksi pendakwaan ke-10 iaitu bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman akan disoal balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan.

Mohd Hazem, 47,  mula memberi keterangan pada 14 September tahun lalu.

Najib, 67, didakwa terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Mahkamah menetapkan 4 hingga 7 Januari, 25 – 27 Januari;  2 hingga 4 Februari, 8 – 11 Februari, 15 – 18 Februari; 5 – 8 April, 19 – 22 April, 26 – 28 April; 3 – 6 Mei, 17 – 20 Mei, 24 – 27 Mei; 1 – 3 Jun, 8 – 10 Jun, 21 – 24 Jun, 28 – 30 Jun dan 5 – 8 Julai untuk perbicaraan kes itu.

Sebelum ini,  petugas media dikehendaki mengambil pas khas untuk memasuki mahkamah terbuka dan dua bilik video yang dikenali sebagai ‘video link’ yang memaparkan perbicaraan secara langsung.

Bagaimanapun, sejak pandemik Covid-19 Mac tahun lalu, pihak pengurusan mahkamah mengehadkan jumlah media bagi mahkamah terbuka dan bilik video kepada masing-masing 10 orang.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.