- Iklan -
Berita

Jumlah kematian Covid-19 melepasi angka 500

1,741 kes baru, 1,010 dilaporkan pulih.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengunjung kelihatan mematuhi SOP sebelum memasuki Padang Waremart di Padang, Besar, Perlis.
Beberapa pengunjung kelihatan mematuhi SOP sebelum memasuki Padang Waremart di Padang, Besar, Perlis.

Sebanyak 1,741 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk sembilan jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 120,818 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,010 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 98,228 kes atau 81.3%.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 687 kes atau 39.5%, diikuti Sabah sebanyak 303 kes (17.4%) dan Johor 295 kes (16.9%),” katanya dalam sidang media harian.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 22,089

“Daripada jumlah itu 122 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 53 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat tujuh lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 501 orang.