- Iklan -
Berita

Ahli Parlimen Machang letak jawatan pengerusi MPOB

Pengerusi Umno Kelantan itu berkata, peletakan jawatannya berkuat kuasa pada 6 Januari.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub. Gambar: Bernama
Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub. Gambar: Bernama

Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini.

Pengerusi Umno Kelantan itu berkata, peletakan jawatannya berkuat kuasa pada 6 Januari, 2021.

“Surat perletakan jawatan saya di serahkan kepada YB Mohd Khairuddin bin Aman Razali, menteri perusahaan perladangan dan komoditi di pejabat beliau sebentar tadi.

“Penghargaan setinggi terima kasih saya ucapkan kepada YB Menteri di atas kepercayaan yang diberikan sepanjang saya berkhidmat sebagai pengerusi MPOB,” kata Jazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Jazlan “mengancam” untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi MPOB sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak meminta perkenan Yang di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Beliau memberi tempoh sehingga hujung bulan ini bagi kerajaan membubarkan Parlimen dan menzahirkan pendirian tidak bersedia berkerjasama dengan kerajaan PN.

Jazlan juga merupakan salah seorang sekutu rapat bekas presiden Umno yang terpalit rasuah, Najib Razak.