Monday, March 8, 2021

13 kenderaan terkandas akibat tanah runtuh di Bukit Fraser

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Other News

Ahli Parlimen PKR sahkan tiada tawaran RM10 juta untuk lompat parti

SPRM masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan rasuah tersebut.

No RM10 million offer to jump ship, says PKR MP

This follows the MACC report lodged by Natrah Ismail over an alleged attempt to procure her support for Prime Minister Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir lega setelah disuntik vaksin Covid-19

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia tidak perlu meragui keberkesanan dan keselamatan vaksin.

Trend jangkitan Covid-19 terus menurun, catat bawah 2,000 kes baru

Malaysia catat 1,683 kes baru Covid-19 hari ini.

New cases still under 2,000 as recoveries stay ahead

1,683 new cases, 2,506 recoveries.

Polis mengesahkan 13 kenderaan terkandas di antara dua timbunan tanah yang runtuh di Jalan Bukit Fraser-Raub, kira-kira 230 kilometer dari sini, sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata semua mereka dipercayai terkandas selepas tidak dapat turun ekoran laluan terputus di KM2 jalan itu, dan usaha untuk berpatah semula ke Bukit Fraser tidak berjaya kerana berlaku tanah runtuh di KM4 jalan sama.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Buat masa ini, sebilangan besar mangsa sudah dibawa naik semula ke Bukit Fraser dengan bantuan polis dan orang kampung, selepas mereka berjalan kaki menyeberangi kawasan yang terhalang dengan tanah runtuh.

“Keutamaan diberikan kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Sebahagian lagi masih dalam usaha untuk dikeluarkan sebelum dibawa ke Bukit Fraser untuk bermalam hari ini,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.

Kama Azural berkata pihaknya sudah berhubung dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuala Kubu Bharu, Selangor, untuk membersihkan runtuhan yang berlaku memandangkan laluan dari Raub juga sudah terputus.

Beliau turut mengesahkan hari ini berlaku runtuhan di tiga lokasi di Jalan Bukit Fraser-Raub yang dipercayai berlaku ekoran hujan berterusan sejak semalam.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

60 runtuhan dikesan halang laluan di Bukit Fraser

Orang ramai boleh menghubungi pihak bekuasa untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan bantuan di talian 05-540 6000 atau 019-389 4757.

Dua maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah resort pelancongan

Kedua-kedua mangsa berusia lingkungan 30-an belum dikenal pasti.

27 tahun selepas Highland Tower runtuh, projek cerun masih berisiko tinggi

Terdapat 21,000 kawasan berisiko berlaku tanah runtuh di seluruh negara, dengan 76% daripadanya berada di Semenanjung Malaysia.