- Iklan -
Berita

3,321 kes sembuh tertinggi direkodkan, 9 lagi kematian

2,295 kes baru Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang peniaga dan pengunjung di sebuah kedai di Padang Besar, Perlis, berurus niaga dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Seorang peniaga dan pengunjung di sebuah kedai di Padang Besar, Perlis, berurus niaga dengan memakai pelitup muka bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Sebanyak 2,295 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk sembilan jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 117,373 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,321 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 94,492 kes atau 80.5%.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 638 kes atau 27.8%.

“Ini diikuti Johor sebanyak 580 kes (25.3%) dan Pulau Pinang 288 kes (12.5%),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 22,398.

“Daripada jumlah itu 125 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 51 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat sembilan lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 483 orang.

“Dua kes kematian masing-masing dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan manakala satu kes dilaporkan di Perak, Sabah serta Kelantan,” katanya.

Noor Hisham berkata terdapat sembilan lagi kluster baru dikesan dengan masing dua dilaporkan di Selangor (Kluster Tapak Bina Casuarina dan Kluster Renggam) dan di Johor (Kluster Harum dan Kluster Dewani).

Sementara itu, masing-masing satu di Sabah (Kluster Batu Lapan), Negeri Sembilan (Kluster Jalan BBN), Kelantan (Kluster Belukar), Terengganu (Kluster Kolam Permai) dan Sawarak (Kluster Mador).