Tuesday, March 9, 2021

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan 3 bulan lagi

Sebelum ini, kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac hingga 31 Disember 2020.

Other News

Thailand launches yacht quarantine for tourists

The scheme is one of several ways Thailand is trying to tempt tourists back while keeping its population safe.

China leads in launching virus passport

The European Union is also working on a vaccine 'green pass' that would allow citizens to travel between member countries and abroad.

North Korean in Malaysia loses final appeal against US extradition

According to his lawyers, Mun Chol Myong is accused of money laundering and conspiracy to launder money, in allegations relating mainly to his work in neighbouring Singapore.

PAS parti kecil, tak perlu campur urusan Umno, kata Tajuddin

Umno menolak usaha PAS untuk menjadi pendamai di antara parti itu dan Bersatu.

Stay out of our war with Bersatu, Umno warns PAS

Umno election chief Tajuddin Abdul Rahman says his party's decision not to cooperate with Bersatu is final.

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad berkata keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari hingga 31 Mac 2021.

“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan,” menurutnya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Noraini berkata butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.

“Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN berikutan pandemik Covid-19.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

KPT bangunkan portal mudahkan mahasiswa cari rumah sewa

Portal itu menghubungkan pelajar dengan 1,250 pemilik premis yang telah didaftar.

PTPTN loan repayments delayed another 3 months

Eligible borrowers can submit their applications beginning Jan 5.

Jawatankuasa khas ditubuh pantau kualiti program 2u2i, kata menteri

Sebanyak 83 program akademik mod 2u2i diluluskan di peringkat Jabatan Pendidikan Tinggi untuk ditawarkan di universiti awam di seluruh negara.

Lebih 7,000 graduan terima manfaat Penjana 

Sebanyak 87 program diluluskan di bawah Program Peningkatan Kerjaya KPT.

Adakah Covid-19 membunuh stigma terhadap ijazah dalam talian?

Universiti dan kolej di Malaysia turut mendekati pengajian dalam talian, walaupun wujud persoalan mengenai ijazah dalam talian.