- Iklan -
Berita

2,068 kes baru Covid-19, 2,230 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 23,433.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pejalan kaki dilihat memakai pelindung dan pelitup muka ketika bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam menjelang tahun baru 2021.
Seorang pejalan kaki dilihat memakai pelindung dan pelitup muka ketika bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam menjelang tahun baru 2021.

Sebanyak 2,068 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk 2 jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 115,078 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 2,230 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 91,171 kes atau 79.2%.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 776 kes atau 37.5%.

“Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 457 kes (22.1%) dan Sabah 239 kes (12.3%),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 23,433.

“Daripada jumlah itu 126 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 54 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 474 orang.

Noor Hisham berkata terdapat tiga lagi kluster baru dikesan membabitkan Kluster Rawa Akasia di daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang dengan 117 kes dikesan positif.

Turut dilaporkan Kluster Jalan Perindustrian di daerah Kulai, Johor (20 kes) dan Kluster Rantau Semarak di daerah Maran, Pahang serta Gombak di Selangor (18 kes).