Wednesday, May 5, 2021

Zuraida akan dedah bukti ‘rahsia’ terhadap Anwar

Other News

Bekas ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mendedahkan bukti dakwaan salah laku seks membabitkan presidennya, Anwar Ibrahim, ketika perbicaraan tuntutan saman terhadapnya kerana melanggar perjanjian parti.

Dalam pembelaannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zuraida yang merupakan antara pemimpin PKR keluar daripada parti selepas berlaku krisis politik pada Februari lalu, mengatakan akan turut mengemukakan bukti elektronik di mahkamah yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

“Defendan menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan mengenai salah laku seksual Anwar yang bertalu-talu dan juga status pengampunan penuh Anwar bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan di dalam PKR (semasa defendan masih lagi seorang ahli) tetapi yang sama juga menyebabkan ramai ahli termasuk Defendan untuk hilang kepercayaan di dalam Anwar dan juga hala tuju sebenar PKR,” kata Zuraida dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengatakan dua lelaki itu – Mohammed Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam, akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Kedua-duanya sebelum ini telah membuat laporan polis secara berasingan menuduh Anwar melakukan serangan seksual.

Zuraida berkata, Yusoff terpaksa meluangkan masa selama empat jam di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk melakukan ujian poligraf berhubung dakwaannya, tetapi Anwar menolak untuk melakukan perkara sama.

Katanya, Anwar juga enggan mengemukakan saman terhadap Yusoff di atas dakwaan itu.

Zuraida berkata, Aidil Azim juga membuat laporan polis terhadap Anwar, mengenai butiran mengejutkan berhubung salah laku seks dalam bentuk affidavit bersumpah yang disebarkan dalam media sosial.

Sementara itu, Zuraida dalam pernyataan pembelaannya juga mempersoalkan pengampunan diraja yang diberikan kepada Anwar pada 2018, membolehkan beliau dibebaskan dari penjara, di mana presiden PKR itu menjalani hukuman selama lima tahun atas kesalahan meliwat.

Katanya pengampunan itu mempunyai kecacatan kerana Lembaga Pengampunan tidak memenuhi korum sebelum mengemukakan syor kepada Agong.

Katanya, Anwar juga enggan mengemukakan saman terhadap Yusoff di atas dakwaan itu.

Dalam kenyataan setebal 21 muka surat itu, Zuraida mengatakan keluar daripada PKR kerana merasakan Anwar tidak layak memimpin parti ataupun negara.

Anwar dinamakan oleh gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, tetapi peralihan kuasa itu tidak pernah berlaku.

Pada Februari, kerajaan PH tumbang berikutan pengunduran Mahathir, dengan Zuraida bersama 10 lagi ahli Parlimen PKR keluar parti.

Zuraida yang sudah tiga penggal menjadi ahli Parlimen menyertai PKR ketika ia ditubuhkaan pada 1999 mengatakan parti itu jauh tersasar daripada nilai dan objektif asal.

Tambahnya “wajah sebenar PKR” hanya disedari selepas Anwar mengambil alih jawatan presiden pada tahun 2018.

Antara lain, Zuraida turut menuduh Anwar mengamalkan nepotisme dalam pemilihan pengerusi PKR negeri mengenepikan pemimpin bahagian.

“Dengan amalan nepotisme secara jelas dan nyata, Anwar melantik anak perempuannya sendiri, Nurul Izzah Anwar sebagai ketua PKR negeri Pulau Pinang. Tidak lama kemudian, Nurul Izzah dengan sendiri meletakkan jawatannya sebagai ketua PKR negeri Pulau Pinang.

“Pelantikan bagi pemegang jawatan bagi jawatan-jawatan penting dibuat dan/atau dilantik tanpa berunding dengan timbalan presiden yang baru dipilih iaitu Azmin Ali atau pemegang jawatan baru yang terpilih,” kata Zuraida.

PKR bertindak menyaman Zuraida, yang juga merupakan ahli Parlimen Ampang kerana meninggalkan parti itu, mengatakan beliau terikat dengan bon bernilai RM10 juta yang ditandatangani ketika bersama parti itu.

Zuraida, yang merupakan menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang menyertai Bersatu selepas itu, bagaimanapun berkata ikatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan, dan menambah tuntutan parti pampasan bernilai RM10 juta daripada ahli Parlimen yang belot berkemungkinan boleh menyebabkan penyalahgunaan proses demokrasi terutama melibatkan ahli politik yang kaya.

“Jelas, prosiding di sini difailkan dengan objektif untuk menjatuhkan reputasi defendan di depan mata rakyat Malaysia dan juga untuk mendapatkan dana untuk membiayai PKR,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles