Saturday, June 19, 2021

Selepas terjejas kerana pandemik, jualan sektor automotif ‘meletup’

Walaupun hanya 143 unit terjual pada April, jualan kenderaan kembali rancak selepas itu berbanding tahun sebelumnya.

Other News

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan awal tahun ini, menyebabkan sektor perniagaan ditutup dan larangan rentas negeri tidak dibenarkan menyebabkan jalan-jalan dan lebuh raya kosong, yang secara tidak langsung turut memberi kesan kepada industri automotif negara.

Statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan jualan kenderaan penumpang mengalami penurunan sebanyak 41.3% bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, yang menyaksikan banyak perniagaan hampir ditutup sepenuhnya ketika kemuncak pelaksanaan PKP antara Mac hingga Mei.

Jumlah jualan kenderaan (TIV) kenderaan penumpang baru yang didaftarkan pada separuh pertama tahun 2020 adalah 158,876 berbanding 270,861 unit dalam tempoh sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 111,985.

Tetapi sektor automotif antara yang paling pantas bangkit semula selepas PKP dilonggarkan pada Jun.

Sehingga November 2020, sejumlah 412,977 unit kenderaan penumpang terjual, iaitu penurunan sebanyak 17.5% berbanding tahun 2019 apabila 500,859 kereta berjaya dijual.

Pada April, ketika pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang ketat bagi pelaksanaan PKP, hanya 143 unit kereta terjual.

Angka jualan itu kemudian kembali pulih kepada 23,309 unit terjual pada Mei.

Pada Jun, sebanyak 44,695 buah kenderaan terjual, selepas pelaksanaan insentif kerajaan di bawah pakej Penjana, di mana pembeli kereta diberikan pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun ini.

Apa yang menarik, MAA mengatakan ketika tahun ini hampir melabuhkan tirai, lebih banyak kenderaan terjual berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Mereka yang berada dalam industri ini tidak terkejut.

Pada Oktober, sebanyak 51,795 unit kereta terjual berbanding 48,987 dalam tempoh sama tahun lepas.

Bulan lalu, jumlah jualan kenderaan penumpang yang terjual adalah sebanyak 51,174 unit, iaitu peningkatan sebanyak 7% berbanding bulan sama pada tahun lepas yang merekodkan jualan sebanyak 47,753 unit.

MAA turut meramalkan jumlah jualan kereta pada Disember 2020 akan terus menunjukkan peningkatan.

Selain daripada pengecualian cukai jualan, faktor lain yang menyumbang kepada kerancakan industri ini walaupun ekonomi terjejas akibat pandemik didorong oleh pengenalan model-model kenderaan baru serta kempen promosi yang agresif.

Mereka yang berada dalam industri ini tidak terkejut.

Wong Weng Wai daripada Carlist.my, laman sesawang jual beli kenderaan popular mengatakan perniagaan kereta tidak banyak terjejas, malah ia kekal kukuh sepanjang tempoh pandemik.

Katanya ketika tempoh itu, terdapat permintaan yang tinggi untuk kereta berharga antara RM50,000 hingga RM100,000 dan tidak banyak perubahan berlaku dari segi permintaan terhadap kereta baru atau terpakai.

“Baik kereta baru mahupun terpakai kedua-duanya mendapat permintaan daripada rakyat Malaysia kerana mereka masih mengekalkan beberapa kriteria tertentu dalam membuat pilihan,” kata Wong kepada MalaysiaNow.

Selepas kerajaan mengumumkan lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan kereta sehingga 30 Jun, penganalisis meramalkan penjualan kereta akan terus melonjak pada tahun-tahun akan datang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles