Monday, March 8, 2021

Dr Mahathir gagal cabar pelantikan speaker, timbalan speaker Dewan Rakyat

Azhar Azizan Harun dan Azalina Othman Said masing-masing kekal sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Other News

‘Kluster mahkamah’ Umno mahu kecapi kemenangan seperti PH

Sumber berkata naratif yang dimainkan sebahagian pemimpin Umno bahawa Muhyiddin Yassin membuli parti itu.

Umno’s ‘court cluster’ hoping to replicate PH’s winning recipe by working with it?

The goal is to return to federal power without Bersatu and Muhyiddin Yassin, who has vowed not to intervene in the criminal cases of politicians in the ruling bloc.

Govt mulls extending WFH with full pay for those caring for sick family members

Prime Minister Muhyiddin Yassin says this is to encourage shared responsibility and increase women's work productivity.

The people vs the PJD Link

If the concerns of those directly affected by this proposed project are not properly addressed, the 'human costs' might be too burdensome for any political party to bear.

The paradox of Israel’s moral legitimacy

The two-state solution which remains elusive under the watch of Prime Minister Benjamin Netanyahu shows that the triumphalism from the normalisation deals is illusory.

Azhar Azizan Harun dan Azalina Othman Said masing-masing kekal sebagai speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pelantikan mereka adalah sah.

Ia susulan keputusan Hakim Ahmad Kamal Md Shahid yang membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi individu untuk mencabar kesahihan pelantikan mereka.

Ahmad Kamal berkata setelah meneliti hujahan lisan dan bertulis daripada kedua-dua plaintif dan defendan, beliau mendapati bahawa pelantikan Azhar dan Azalina adalah sah dan tidak boleh diadili atau dihakimi oleh mahkamah.

“Permohonan defendan pertama (Azhar), kedua (Azalina), ketiga (Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon) dan keempat (Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin) untuk membatalkan saman pemula dibenarkan.

“Berikutan keputusan itu mahkamah tidak menetapkan sebarang kos selepas berpuas hati isu yang dibangkitkan itu adalah melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Ahmad Kamal dalam penghakimannya berkata pada pandangannya permohonan saman dan bukti afidavit menunjukkan bahawa Mohamad Ariff Md Yusof telah digugurkan daripada jawatannya sebagai Speaker dengan keputusan dan usul yang dibuat oleh Dewan Rakyat.

“Pada peringkat lain persidangan Dewan Rakyat pada hari itu Azhar dan Azalina terpilih menjadi speaker dan timbalan speaker melalui usul yang dibawa dan disahkan oleh Dewan Rakyat,” katanya.

Hakim itu berkata bahawa artikel 57 Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan bahawa Parlimenlah yang menentukan penyingkiran dan pemilihan speaker dan timbalan speaker.

“Saya berpandangan bahawa segala isu atau permasalahan yang berkaitan dengan pemecatan dan pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker harus diteliti, dibahas dan diselesaikan di Parlimen. Parlimen mempunyai bidang kuasa eksklusif berhubung perkara itu dan ia mempunyai hak mutlak untuk mengawal prosiding sendiri.

“Sesungguhnya keputusan Parlimen pada 13 Julai 2020 untuk menggugurkan Ariff sebagai speaker dan melantik Azhar dan Azalina sebagai speaker dan timbalan speaker baru adalah muktamad,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Dr Mahathir lega setelah disuntik vaksin Covid-19

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia tidak perlu meragui keberkesanan dan keselamatan vaksin.

Ada apa dengan Amanah? Dari kekuasaan ke survival parti

Amanah kini berdepan badai pertelingkahan politik sesama parti gabungan Pakatan Harapan.

Art Harun terkejut dengan sikap rakan-rakan selepas dilantik speaker

Bekas peguam itu menceritakan hal peribadinya termasuk bagaimana proses pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat dijadikan isu peribadi.

Covid-19 terlalu besar untuk ditangani Noor Hisham seorang, kata Dr Mahathir

Sudah sampai masa kerajaan berbincang dengan doktor-doktor pakar untuk menangani wabak itu dengan lebih berkesan.

Deputy speaker rejects call for parliamentary session on emergency

She says it is unlikely that the Agong will call for a parliamentary sitting or cancel the emergency.