Saturday, February 27, 2021

Syarikat palsukan logo halal didakwa esok

Tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terlibat.

Other News

Mengejek tak membantu perbaiki kelemahan bahasa Inggeris guru, kata pendidik

Mereka berkata, sebutan yang tidak tepat seharusnya dibetulkan secara positif, bukannya mengejek kerana ia tidak memperbaiki apa-apa.

Throwing stones won’t help, educationists say on teacher with ‘bad English’

They say mispronunciations should be corrected through positive reinforcement, and that mocking others for their English won't improve anything.

UK Supreme Court rejects legal bid by IS bride to return

Five judges at the Supreme Court gave a unanimous decision in the case of Shamima Begum, whose legal battles have come to be seen as a test of how Britain treat nationals who joined jihadists.

Khairy jelaskan mengapa tidak ambil vaksin Pfizer

Beliau merupakan menteri yang menguruskan pembelian vaksin dan masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Duta AS baru lapor diri di Kuala Lumpur

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Asia Tenggara dan pernah bertugas di Jakarta dan Seoul.

Sebuah syarikat yang didapati terlibat dalam pemalsuan logo halal dalam kes kartel daging haram, akan didakwa di mahkamah esok, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Rosol Wahid.

Menurut beliau, tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terlibat, dalam perkara yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Bukan kita tidak mahu mendedahkan syarikat yang terlibat, namun masalahnya perkara ini dilakukan oleh sebuah syarikat pengumpul daging, yang kemudiannya menggunakan logo syarikat lain (mangsa) yang terkenal dan mempunyai permintaan tinggi untuk memasarkan produk itu.

“Kalau kita mendedahkan nama syarikat yang jadi mangsa itu, ia akan mencalarkan imej syarikat berkenaan sedangkan itu bukan salah mereka,” katanya pada sesi penggulungan usul kartel daging haram yang dikemukakan oleh Senator Asmak Husin.

Lebih sembilan orang Senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan isu itu, selepas Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim membenarkan usul itu dibahaskan mengikut Peraturan 17 (1).

Rosol menjelaskan kerajaan tidak pernah memandang remeh berkenaan isu itu dan telah melakukan beberapa tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Jelasnya ia termasuk langkah membeku aset syarikat itu yang bernilai RM1 juta, merampas 24 cap getah syarikat-syarikat jenama yang mempunyai permintaan tinggi, menyita 5,000 keping pelekat halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan 2,428 kotak daging beku yang dianggar bernilai RM738,640.

Pada masa yang sama, beliau turut menafikan laporan yang mengatakan bahawa aktiviti kartel daging haram itu telah berlaku hampir 40 tahun.

“Tidak benar perkara ini telah berlaku hampir 40 tahun, sebab siasatan kementerian mendapati, syarikat terlibat baru mendaftar pada 2014 dan memperoleh lesen untuk mengimport produk sejuk beku pada 2017.

“Pada masa yang sama ujian jabatan kimia terhadap sampel daging beku yang diambil daripada gudang simpanan itu mengesahkan, ia bukan daging kuda, kanggaru serta babi, dan ini memberikan kelegaan kepada kita,” katanya.

Untuk mengelak perkara yang sama berlaku pada hadapan, Rosol memaklumkan kementerian telah menubuhkan sebuah jawatankuasa perundangan dan penguat kuasa halal, bagi menyelaras tindakan dan isu penguatkuasaan halal dalam negara.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

16 barang kawalan disenarai sempena Tahun Baru Cina

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 yang berkuat kuasa dari 8 hingga 16 Februari ini.

Jakim digesa guna pakai teknologi rantaian blok demi elak skandal daging halal

Penggunaan platform TradeLens di Malaysia mampu memodenkan proses penghantaran, mewujudkan ketelusan yang lebih ketara serta meningkatkan kepuasan pelanggan.

Darurat bukan sampai ‘kiamat’, kata ahli Dewan Negara

Semalam buat pertama kalinya jangkitan harian Covid-19 melepasi angka 4,000 yang merupakan tertinggi setakat ini.

Menteri jelaskan rasional benarkan kedai barang kemas dibuka

Ia bertujuan untuk membantu rakyat bawahan yang mahu menjual barang kemas mereka bagi mendapatkan wang tunai.

3 syarikat pengeluar daging terbesar dijamin halal, kata timbalan menteri

Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang diiktiraf.