Monday, September 20, 2021

Pegawai polis dipecat kerana bunuh lelaki kulit hitam tak bersenjata

Kematian Andre Maurice Hill mencetuskan kemarahan di seluruh AS yang dikejutkan dengan tunjuk perasaan terhadap kekejaman polis.

Other News

Seorang pegawai polis kulit putih yang menembak mati seorang lelaki kulit hitam di Columbus, Ohio, minggu lalu dipecat semalam, kata pegawai bandar.

Kematian Andre Maurice Hill mencetuskan kemarahan di seluruh negara yang dikejutkan dengan tunjuk perasaan terhadap kekejaman polis dan perkauman sistemik sejak musim bunga.

Lelaki Afrika-Amerika berusia 47 tahun itu berada di garaj rumah ketika dia ditembak beberapa kali oleh seorang polis yang dipanggil ke tempat kejadian kerana kejadian kecil.

Pegawai itu, Adam Coy, pada mulanya digantung tugas selepas insiden tembakan itu.

“Bukti terbabit memberikan alasan yang kuat untuk dia diberhentikan,” kata Ketua Polis Columbus Thomas Quinlan.

“Coy kini harus menjawab kepada penyiasat ​​negeri atas kematian Andre Hill.”

Hill, yang tidak bersenjata ketika penembakan itu, adalah orang Afrika-Amerika kedua yang dibunuh oleh polis dalam masa kurang dari tiga minggu di Columbus.

“Kematian Andre Hill adalah satu lagi contoh tragis kecenderungan polis memandang orang kulit hitam sebagai penjenayah atau berbahaya, dan ini menunjukkan perlunya reformasi polis nasional yang komprehensif,” kata Ben Crump.

Crump ialah seorang peguam yang mewakili keluarga beberapa mangsa pembunuhan polis, termasuk George Floyd, yang kematiannya pada bulan Mei mencetuskan gelombang tunjuk perasaan perkauman terbesar dalam beberapa dekad.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles