Thursday, March 4, 2021

PKPB di KL, Selangor dan Sabah lanjut hingga 14 Januari

Di Selangor, PKPB dilaksanakan di seluruh negeri termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Other News

Pematuhan SOP keselamatan di lebuh raya masih lemah

Insiden kemalangan boleh dielakkan jika pihak pemaju dan kontraktor mengamalkan SOP yang betul.

Umno bakal tangguh pemilihan, tanding PRU15 sebagai pembangkang

Penangguhan tersebut adalah bagi memberikan masa kepada Umno untuk bersedia menghadapi PRU15.

Umno to delay party polls as it enters GE fray as opposition

This is the second time in three years that the party will defer its polls.

Ban on full facial coverings to be put to vote in Switzerland

The ban would mean that nobody could cover their face completely in public – whether in shops or the open countryside, although exceptions will be made for places of worship.

Jerman longgar peraturan sekatan Covid-19

Jerman benarkan pertemuan ahli dua buah rumah termasuk kanak-kanak.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Januari.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif Covid-19 di kesemua kawasan berkenaan selain kewujudan kluster baru di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan PKPB di tiga negeri berkenaan dan beberapa lokaliti di negeri-negeri lain sebelum ini dijadualkan tamat pada 31 Disember.

Ismail Sabri berkata bagi negeri Selangor, PKPB dilaksanakan di seluruh negeri itu termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Di negeri-negeri lain, PKPB turut dilanjutkan melibatkan Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan serta Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor.

Bercakap pada sidang media perkembangan PKPP hari ini, Ismail Sabri yang juga menteri pertahanan berkata kerajaan atas nasihat KKM turut membuat keputusan menamatkan PKPB di beberapa lokaliti pada hari ini iaitu lebih awal daripada dijadualkan pada 31 Disember susulan berlaku pengurangan kes di kawasan terbabit.

Antara lokaliti yang ditamatkan PKPB hari ini adalah Ipoh dan Chemor (Perak), Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Kulai (Johor), katanya.

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ismail Sabri berkata kerajaan memutuskan untuk melanjutkan perintah berkenaan di beberapa lokaliti sehingga 14 Januari termasuk di Depoh Tahanan Imigresen Langkap dan kuarters di Hilir Perak serta Penjara Kluang dan kuarters di Johor.

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut memutuskan untuk melaksanakan PKPD di Madrasah Daril Naim, Mukim Padang Halban, Daerah Peringat di Kota Bharu, Kelantan mulai esok sehingga 11 Januari selepas terdapat peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di lokaliti itu.

“Sehingga 25 Disember, KKM telah melaksanakan sebanyak 99 saringan dan 29 disahkan positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata PKPD turut dilaksanakan di Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan di Ranau, Sabah bermula esok sehingga 11 Januari atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang melibatkan seramai 865 orang penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di beberapa lokaliti antaranya Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban yang ditamatkan hari ini serta Kampung Desa Balau dan Kampung Dasar Baru di Lahad Datu, Sabah yang tamat esok.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes baru Covid-19 catat angka 1,745

Angka kematian akibat Covid-19 catat 7 kes hari ini.

Hospital swasta digunakan sebagai pusat vaksinasi, kata menteri

Khairy Jamaluddin berkata usaha giat akan dilakukan untuk memberi 75,000 ke 150,000 suntikan sehari.

Suaram kecam gesaan sektor swasta tawarkan vaksin Covid-19

Kumpulan hak asasi itu berkata pengkomersilan vaksin akan menguntungkan orang kaya dan menggalakkan potong barisan dalam program vaksinasi.

Pesakit, kontak rapat Covid-19 dipakaikan gelang berteknologi tinggi, kata menteri

Pesakit Covid-19 serta Individu Dalam Pengawasan (PUS) akan dipakaikan gelang berperanti.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.