Tuesday, March 9, 2021

Perang melawan Covid-19 tak halang pemerkasaan sektor awam, kata PM

PM menggesa norma baru dibudayakan dalam cara kerja, supaya perkhidmatan tersebut tetap dapat disampaikan secara efektif kepada golongan sasar.

Other News

Women demonstrate in Istanbul to protest against surging femicide rates

Protesters were not impressed by President Erdogan saying Turkey would establish a parliamentary commission to address issues regarding violence against women.

PBB terima surat Myanmar minta campur tangan asing

Surat itu disahkan Jurucakap PBB Stephane Dujarric pada Isnin.

Malaysia committed to addressing child marriage, says minister

Rina Harun says the enactment of laws alone is insufficient to effectively combat child marriage.

Shahidan Kassim appointed as PR1MA chairman

He has also been appointed as chairman of the National Housing Corporation.

Thailand launches yacht quarantine for tourists

The scheme is one of several ways Thailand is trying to tempt tourists back while keeping its population safe.

Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak Covid-19, tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang merupakan salah satu daripada agenda utama kerajaan, untuk memastikan sistem perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra rakyat.

Perdana menteri berkata tanggungjawab penjawat awam kini adalah untuk membudayakan norma baru dalam cara kerja, supaya perkhidmatan tersebut tetap dapat disampaikan secara efektif kepada golongan sasar, di samping meningkatkan produktiviti kerja.

Beliau berkata di peringkat kerajaan pula, adalah penting inisiatif untuk menambah baik aspek integriti dan tadbir urus kerajaan dilaksanakan, misalnya dilakukan melalui usaha membanteras amalan rasuah bagi memastikan kecekapan dan ketelusan pengurusan pentadbiran.

“Oleh kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) merupakan antara warga kerja barisan hadapan yang sering terdedah dengan tarikan rasuah, maka usaha membanteras jenayah ini perlu kekal sebagai agenda penting yang perlu dilaksanakan meluas dalam kalangan penjawat PBT.

“Ini agar kita dapat mewujudkan sebuah budaya kerja yang berintegriti tanpa berkompromi dengan mana-mana nilai dan etika,” katanya ketika berucap merasmikan secara maya Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) kali ke-27 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka, hari ini.

Hadir sama Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia Azih Muda dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat.

Muhyiddin, dalam video 10 minit itu juga turut menyeru agar PBT dan agensi berkaitan dapat turun padang dengan lebih kerap untuk meninjau dan memahami keadaan semasa, selain meneliti isu-isu berhubung kakitangan mereka yang saban masa bertemu dengan orang ramai, bagi menyelesaikan urusan seharian.

Beliau turut menyambut baik usaha ANULAE yang bergabung dengan Cuepacs untuk bersama-sama menangani masalah dalam kalangan ahli kesatuan, khususnya para penjawat awam demi menjaga kebajikan mereka.

“Persidangan perwakilan ini merupakan peluang buat semua warga ANULAE, untuk berbincang dan menyuarakan pandangan tentang isu-isu berkaitan kebajikan ahli. Saya berharap agar kita semua dapat bersama-sama berganding bahu untuk memastikan hak dan kebajikan setiap kakitangan awam dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.

“Saya juga berharap agar kesatuan ini akan terus memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ dalam komuniti setempat, dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri termasuk PBT,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata beliau sedar dan prihatin terhadap kebajikan penjawat awam termasuk petugas barisan hadapan, yang turut menjadi sebahagian daripada anggota kakitangan awam yang menggadaikan masa dan tenaga, untuk melindungi masyarakat ketika pandemik ini.

Beliau berkata oleh sebab itu, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan sumbangan penjawat awam, beberapa inisiatif diumumkan baru-baru ini menerusi Belanjawan 2021, seperti bantuan khas secara sekali beri (one-off) sebanyak RM600 kepada kakitangan awam dengan gred 56 dan ke bawah, manakala pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen layak mendapat elaun sebanyak RM300.

“Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan juga diberi bantuan sekali beri sebanyak RM500 sebagai tambahan kepada elaun khas Covid-19 sebanyak RM600, yang diberikan kepada mereka semenjak bulan Mac atas usaha menangani pandemik itu.

“Petugas barisan hadapan lain yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pula, akan menerima elaun sebanyak RM300,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

What does Umno really want?

While Umno has decided against officially joining the Perikatan Nasional coalition, it has not withdrawn its support for the government.

‘Kluster mahkamah’ mahu ulangi resipi kejayaan PH pada PRU15

Sumber berkata naratif yang dimainkan sebahagian pemimpin Umno bahawa Muhyiddin Yassin membuli parti itu.

Govt mulls extending WFH with full pay for those caring for sick family members

Prime Minister Muhyiddin Yassin says this is to encourage shared responsibility and increase women's work productivity.

PM ikrar pemerkasaan wanita jadi agenda penting kerajaan

Golongan wanita perlu diperkasakan adalah mereka adalah antara tonggak utama kejayaan negara.

Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin

Perdana menteri selesai menunaikan ibadah umrah.