Friday, June 25, 2021

Pekerja perlu pelbagai kemahiran untuk kekal digaji, kata kajian

Pandemik Covid-19 beri kesan teruk kepada sektor pekerjaan terutamanya perbankan.

Other News

Pandemik Covid-19 menyebabkan pasaran pekerjaan tidak menentu menyebabkan pekerja perlu mempunyai kemahiran melakukan pelbagai fungsi untuk memenuhi permintaan pasaran, menurut satu tinjauan.

Kajian Sentimen Pengguna Asean UOB mendapati 85 peratus responden Malaysia percaya syarikat lebih cenderung mengambil pekerja yang boleh melakukan pelbagai fungsi dan 83 peratus berpendapat majikan akan mengurangkan jumlah pekerja apabila usaha pendigitalan mereka ditingkatkan.

“Kebanyakan responden (78 peratus) menjangka bahawa syarikat akan memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kos.

“Sembilan daripada 10 kakitangan di Malaysia (90 peratus) melihat keperluan untuk melatih semula kemahiran (reskilling) atau menambahkan kemahiran (upskilling) supaya kekal relevan dalam dunia pasca wabak,” kata kajian itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Sumber Manusia UOB Malaysia Lai Tak Ming berkata pandemik Covid-19 menekankan pentingnya pembelajaran dan pembangunan yang berterusan.

“Pandangan meluas ini adalah hasil daripada jangkaan bahawa ia akan menjadi sukar untuk mendapatkan pekerjaan baru akibat kemelesetan ekonomi di Malaysia.

Lai berkata, generasi Z iaitu mereka yang berumur antara 18 hingga 23 tahun, paling berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana hasil kajian mendapati, 94% responden percaya majikan akan memberhentikan kakitangan ini bagi mengurangkan kos jika keadaan memaksa.

Katanya, bagi generasi X (40 hingga 55 tahun) dan Generasi Y (24 hingga 39 tahun) mencatat 77% dan 76% masing-masing tetap berdepan risiko diberhentikan.

“Tahun ini mengubah dengan cepatnya cara kita bekerja, dan perubahan ini akan terus mempengaruhi cara syarikat dijalankan pada masa hadapan pasca wabak Covid 19.

“Amat penting bagi syarikat memiliki tenaga kerja yang tangkas dan mudah menyesuaikan diri untuk menangani persekitaran kerja yang sentiasa berubah disebabkan oleh ketidakpastian dan gangguan.”

Katanya, membangunkan tenaga kerja yang bertumpu pada masa hadapan melalui program latihan dan sentiasa memupuk tenaga kerja yang bertumpu pada masa hadapan (future-focused) dan relevan dalam era digital.

Katanya, beberapa program latihan yang menyediakan pengalaman semasa kerja untuk para graduan baru serta golongan profesional di pertengahan kerjaya mereka juga perlu dilakukan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles