Thursday, March 4, 2021

Isu daging import di luar bidang kuasa Jakim, kata pengarah kanan

Peranan Jakim adalah memeriksa sama ada penyembelihan di luar negara mematuhi hukum syarak dan proses pembungkusan.

Other News

Umno bakal tangguh pemilihan, tanding PRU15 sebagai pembangkang

Penangguhan tersebut adalah bagi memberikan masa kepada Umno untuk bersedia menghadapi PRU15.

Umno to delay party polls as it enters GE fray as opposition

This is the second time in three years that the party will defer its polls.

Ban on full facial coverings to be put to vote in Switzerland

The ban would mean that nobody could cover their face completely in public – whether in shops or the open countryside, although exceptions will be made for places of worship.

Jerman longgar peraturan sekatan Covid-19

Jerman benarkan pertemuan ahli dua buah rumah termasuk kanak-kanak.

Residents question silence from elected reps over revival of axed highway

Most have not responded to concerns about the PJD Link, which critics say will displace long-time residents and businesses and increase noise pollution along with other environmental and health hazards.

Isu penyeludupan daging yang hangat diperkatakan sekarang adalah di luar bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim Sirajuddin Suhaimee.

Beliau berkata, peranan pasukan Jakim adalah memeriksa  sama ada sesebuah rumah penyembelihan di luar negara, mematuhi hukum syarak dari aspek proses penyembelihan sehinggalah daging itu dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak dalam keadaan bebas cemar.

“Permit mengimport daging dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis). Apabila produk itu sampai ke pintu masuk negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan melihat dari segi cukai. Selepas produk daging itu berada di gudang di dalam negara ia adalah tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” kata Sirajuddin.

Beliau berkata demikian dalam segmen khas ‘Tanya Jakim bertajuk SOP Sijil Halal: Di Mana Silapnya?’, yang disiarkan secara dalam talian di akaun laman sosial Facebook Jakim hari ini.

Sirajuddin berkata Jakim menyedari banyak pihak mempersoalkan jabatan itu, apabila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu penyeludupan daging import, yang didedahkan media baru-baru ini dan tidak mendedahkan senarai nama syarikat atau jenama yang terlibat.

Menjawab persoalan itu, beliau berkata pihak berkuasa seperti KPDNHEP sedang menjalankan siasatan, mengenai perkara tersebut dan akan mendedahkan hasilnya apabila siastan kes berkenaan selesai.

“Biarlah siasatan dijalankan dengan cara terbaik tanpa gangguan. Berikan ruang agensi yang berkaitan untuk menyiasat. Maklum balas (Jakim) akan menimbulkan suasana tidak baik, kalau (Jakim) keluarkan  kenyataan akan menjejaskan siasatan,” katanya.

Sejak isu tersebut timbul, banyak pihak mempersoalkan Jakim, kerana mereka menganggap agensi itu bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses membawa masuk daging dari luar negara.

Ditanya sama ada benar atau tidak aktiviti penyeludupan daging itu sudah 40 tahun berlaku, beliau berkata perkara itu tidak dapat disahkan atau dinafikannya, kerana ia merupakan dakwaan dari pihak industri dan bukannya agensi atau badan penguat kuasa.

Isu daging seludup menjadi hangat apabila media melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Syarikat, pengarah dan pengurus didakwa guna logo palsu daging import

Tertuduh, syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus syarikat itu Chong Kim Kuang, 48, dan pengarahnya Yong Chee Keong, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Jakim digesa guna pakai teknologi rantaian blok demi elak skandal daging halal

Penggunaan platform TradeLens di Malaysia mampu memodenkan proses penghantaran, mewujudkan ketelusan yang lebih ketara serta meningkatkan kepuasan pelanggan.

3 more Maqis officers remanded over meat cartel issue

This is the second arrest involving Maqis officers in Johor in connection with the meat cartel case.

Rasuah kartel daging, 3 lagi kakitangan Maqis direman

Ketiga-tiga mereka yang berusia 40 hingga 55 tahun direman lima hari hingga 23 Januari ini.

Abdul Aziz dilantik ketua pengarah baru Jakim

Abdul Aziz dilantik bagi menggantikan Paimuzi Yahya yang meninggal dunia Oktober tahun lepas.