Monday, March 8, 2021

Covid-19 dijangka meningkat selepas rakyat Malaysia bercuti hujung tahun

Hotel-hotel dilaporkan penuh termasuk destinasi pelancongan menjadi tumpuan orang ramai.

Other News

US pastor sent on leave over Melania Trump ‘trophy wife’ sermon

He has been sent on leave after he exhorted women to be more like former first lady Melania Trump and not let themselves go.

Malaysia pertimbang pemerolehan vaksin CanSino dari China

vaksin CanSino itu merupakan pilihan lebih baik daripada vaksin Johnson & Johnson, yang juga satu dos,

EU banking regulator hit by Microsoft email hack

The European Banking Authority warns that personal data could have been accessed as a result of the attack.

India’s richest state has half of all new Covid-19 cases

India’s tally of over 11 million infections is the world’s highest after the US, but as a proportion of its population, India’s virus deaths rank among the lowest in the world.

DAP tolak kerjasama politik dengan Umno pada PRU15

DAP hanya akan bekerjasama dengan Umno dalam soal melibatkan rakyat.

Berpuluh ribu memenuhi pantai-pantai dan destinasi percutian lain di seluruh negara meskipun amaran diberi berulang kali agar tidak melakukan perjalanan tidak penting berikutan kebimbangan peningkatan Covid-19, ketika negara sudah sampai ke penghujung tahun yang paling mencabar menyaksikan kehidupan harian dan perniagaan seluruh dunia terjejas.

Berlaku trend peningkatan pergerakan sejak awal bulan ini, apabila pihak berkuasa menarik balik larangan perjalanan rentas negeri walaupun kadar jangkitan harian terus meningkat.

Sepanjang sambutan perayaan Krismas, Lembaga Lebuhraya Malaysia, melaporkan keadaan lalu lintas di lebuh raya negara bergerak perlahan menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan di laluan-laluan utama.

Keadaan ini dijangka berlanjutan sehingga Januari, kerana kebanyakan keluarga mengambil kesempatan menggunakan peluang yang ada untuk melakukan perjalanan selepas beberapa kali perintah kawalan pergerakan dilaksanakan sepanjang tahun yang menyaksikan sekolah, pusat beli-belah dan tempat-tempat awam ditutup.

Beberapa pakar mengatakan tidak terkejut jika berlaku lonjakan kes jangkitan selepas cuti panjang hujung minggu lalu.

“Senario berlaku lonjakan kes pasca cuti dijangka berlaku selepas cuti perayaan apa sekalipun,” kata Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia Dr Steven Chow kepada MalaysiaNow.

Hanya sehari selepas sambutan Krismas, kementerian kesihatan melaporkan satu lagi rekod kes harian tertinggi dengan 2,335 pesakit baru Covid-19 di seluruh negara, menguatkan lagi kebimbangan unjuran kumpulan penyelidik berpusat di Amerika Syarikat angka jangkitan akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh beberapa bulan akan datang mungkin menjadi kenyataan.

Pertama kali jumlah jangkitan harian melepasi angka 2,000 pada 24 November lalu.

Orang ramai dilihat mengambil peluang cuti perayaan membeli-belah di kedai-kedai di Padang Besar, Perlis kelmarin.

Minggu lepas, MalaysiaNow melaporkan pegawai-pegawai kanan kerajaan menyentuh kemungkinan berlaku lonjakan sebanyak 5,000 kes sehari yang boleh menyebabkan kemudahan hospital tidak mampu menampung jika tiada sebarang persiapan awal dilakukan.

Ia berdasarkan unjuran yang dilakukan oleh Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Amerika Syarikat (IHME) berpusat di Washington yang mengatakan kes harian di Malaysia mungkin boleh mencecah 5,000 jangkitan dan terus meningkat sehingga Mac tahun depan.

Pada permulaan pandemik, pihak berkuasa Malaysia mengikuti langkah yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghadkan pergerakan orang ramai dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac.

Walaupun langkah itu berkesan mengawal penyebaran virus Covid-19, ia memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat, dan memaksa kerajaan berbelanja berbilion-bilion bagi menggantikan pendapatan mereka yang hilang pekerjaan.

Awal bulan ini, Putrajaya menyedari sekatan terhadap aktiviti pelancongan terlalu lama hanya lebih menjejaskan ekonomi yang terkesan selepas pelaksanaan PKP pada Mac, dan bertindak menarik balik larangan perjalanan rentas negeri dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat terus dilaksanakan.

Bagaimanapun Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengatakan peningkatan kes diramal berlaku pada musim cuti perayaan akhir tahun tetapi tidak mendadak.

“Ia meningkat dengan tinggi dan saya yakin rakyat akan lebih berwaspada mengambil kira kes jangkitan semasa yang menular dengan pantas,” Presiden MMA Dr Subramanian Muniandy kepada MalaysiaNow.

Katanya berikutan berlakunya lonjakan kes baru-baru ini, orang ramai lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.

“Saya berpandangan jika semua orang mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kadar jangkitan mungkin tidak begitu menurun tetapi ia juga tidak akan meningkat dengan mendadak.

“Semuanya bergantung kepada orang ramai. Jika mereka tidak mematuhi SOP ada kemungkinan akan berlaku peningkatan kes.”

Sementara itu tinjauan MalaysiaNow mendapati orang ramai memilih untuk bercuti di kawasan berpantai di pantai timur dan pusat beli-belah di Pulau Pinang.

Pihak-pihak hotel turut melaporkan tempat mereka penuh ditempah, berbanding sebelum ini hampir sepanjang tahun kosong sehingga terpaksa memberhentikan dan memotong gaji pekerja.

“Semuanya bergantung kepada orang ramai. Jika mereka tidak mematuhi SOP ada kemungkinan akan berlaku peningkatan kes.”

Hotel Royale Chulan, antara hotel premium di tepi laut di Cherating Pahang menerima tempahan penuh ketika tahun menghampiri penghujungnya.

“Hujung minggu ini mencatatkan kadar penghunian 100%. Tempahan kami penuh setakat ini dan tempahan dari 28 hingga 31 Disember sudah mencapai 90% hingga 100%,” kata Badrul Rezal Baharudin, pengurus hotel di Cherating.

Jalan-jalan di sekitar Pulau Pinang juga sesak dengan orang ramai, dan hasil pemeriksaan mendapati resort di tepi pantai di negeri itu termasuk hotel-hotel bertaraf lima bintang sudah habis ditempah.

Kedai-kedai di kawasan tumpuan sekitar George Town seperti di Penang Road dan Persiaran Gurney, termasuk juga Padang Kota, Batu Ferringhi dan Bukit Bendera melaporkan jualan memberangsangkan.

* Nur Hasliza Mohd Salleh menyumbang kepada laporan ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

‘Kluster mahkamah’ mahu ulangi resipi kejayaan PH pada PRU15

Sumber berkata naratif yang dimainkan sebahagian pemimpin Umno bahawa Muhyiddin Yassin membuli parti itu.

Umno’s ‘court cluster’ hoping to replicate PH’s winning recipe by working with it?

The goal is to return to federal power without Bersatu and Muhyiddin Yassin, who has vowed not to intervene in the criminal cases of politicians in the ruling bloc.

Zahid, from BN heavyweight to dead weight?

Questions arise over the political future of Zahid Hamidi, who is facing a slew of criminal charges and the repercussions of several recent moves seen as having backfired.

Health experts move to ease fears over ‘Made in China’ vaccine

Concerns have been raised over its relatively low efficacy rate and its origins in a country known for cheap production.

BN rejects Ahmad Maslan as sec-gen in another blow to Zahid

This is the second time Zahid's choice of Barisan Nasional secretary-general has not gone down well with coalition leaders.