Thursday, March 4, 2021

BN terbuka terima parti lain, kata timbalan pengerusi

BN perlu mengumpulkan semula kekuatan termasuk daripada parti-parti lain yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Other News

Malaysia remains among freest economies, improves in integrity, says US index

The Heritage Foundation places Malaysia in the 'Mostly Free' category, hailing its anti-corruption plan.

‘Everything will be ok’: Myanmar mourns teen killed protesting

Before going to a demonstration this week, Kyal Sin listed her blood type on her Facebook page, her phone number, and said her organs were available for donation if anything were to happen to her.

Kerajaan pertimbang benar rentas negeri berstatus PKPP

Setakat ini, hanya Sabah sahaja negeri yang masih mengekalkan larangan rentas daerah.

In India, 71kg of garbage found in stray cow’s stomach

Previous surgeries done by the People For Animals Trust Faridabad organisation have found up to 50kg of waste in cows' stomachs.

Kes baru Covid-19 kembali lepasi 2,000, catat angka 2,063

5 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan.

Beliau berkata ini kerana BN perlu mengumpulkan semula kekuatan termasuk daripada parti-parti lain yang mempunyai kelebihan tersendiri selepas kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Kita mesti bersifat inklusif bukannya eksklusif lagi. Maka jika ditanya pandangan peribadi saya, lebih banyak parti bersepakat di bawah payung BN itu lebih baik, kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, dan kekuatan sedikit-sedikit ini jika dikumpulkan akan menjadi kekuatan yang besar nanti.

“Ini yang perlu kita bina dan lakukan untuk BN bina kekuatan baru sebab BN dah kalah pada PRU14,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) di sini yang turut dihadiri presidennya R.S Thanenthiran.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga timbalan presiden Umno berkata sebarang keputusan berhubung penyertaan parti baru dalam BN perlu mendapat konsesus daripada empat parti komponen iaitu Umno, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Mengulas mengenai permohonan Thanenthiran agar Makkal Sakti dibenarkan bertanding atas tiket BN pada PRU15, Mohamad berkata perkara itu wajar dipertimbang oleh pucuk pimpinan BN memandangkan Makkal Sakti masih setia menyokong gabungan tersebut sekalipun hanya berstatus parti rakan.

“Makkal Sakti telah lama bersama membantu BN, baik semasa (BN) menjadi kerajaan dan bukan kerajaan lagi. Saya yakin pertimbangan boleh dilakukan oleh jawatankuasa tertinggi BN berkenaan permohonan Makkal Sakti ini,” katanya.

Terdahulu, Thanenthiran dalam ucapan pada mesyuarat berkenaan, memohon BN memberikan peluang kepada parti itu bertanding pada PRU15 akan datang.

“Ini harapan kami dan kami sedia bertanding. Jika bukan PRU15, bila lagi,” katanya.

Mesyuarat agung berkenaan yang dihadiri 753 perwakilan dari seluruh negara turut meluluskan tiga resolusi, iaitu menjadi parti komponen BN, bertanding di bawah payung BN pada PRU15 dan mengenai kesejahteraan masyarakat India di Sabah yang kemudian diserahkan kepada Mohamad.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Khairy bakal bertanding di Putrajaya, era Ku Nan akan berakhir?

Ini selepas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mahu bertanding di kerusi Khairy di Rembau, Negeri Sembilan.

End to Ku Nan’s era as Khairy tipped to contest in Putrajaya?

This comes as Umno number two Mohamad Hasan eyes a parliamentary debut through the Rembau federal seat in Negeri Sembilan.

Umno tak boleh ubah keputusan BN sesuka hati, kata MIC

Keputusan untuk bersama dengan PN membentuk kerajaan sebelum ini dilakukan sebagai 'en-bloc' BN dan bukannya atas mana-mana parti.

Tuduhan rasuah terhadap saya sengaja direka, kata Zahid Hamidi

Presiden Umno itu mencabar sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan tersebut.

Pertandingan 3 penjuru PRU15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara

Hasil kajian tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu mengambil kira negeri utara, pantai barat, pantai timur dan selatan.