- Iklan -
Berita

1,196 kes baru Covid-19, 997 pulih, 1 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 20,233.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang anggota tentera melakukan kerja-kerja membuka kawad duri di Putra Point Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kawasan itu ditamatkan pada 1 Disember lalu. Gambar: Bernama.
Seorang anggota tentera melakukan kerja-kerja membuka kawad duri di Putra Point Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kawasan itu ditamatkan pada 1 Disember lalu. Gambar: Bernama.

Sebanyak 1,196 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk lima jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 105,096 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 997 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 84,411 kes atau 80.3%.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 392 kes atau 32.8%. Daripada jumlah ini, sebanyak 237 atau 60.5% adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat.

“Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (16.9%) dan Johor 194 (16.2%),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 20,233.

“Daripada jumlah itu 111 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 50 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 452 orang.

Terdapat satu kluster baru turut dikesan membabitkan Kluster Jalan Sedco di daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah melibatkan 14 kes disahkan positif Covid-19.