Monday, March 8, 2021

Kerajaan akan kemas kini piawaian daging import, kata menteri

Kerajaan akan melihat semula bagaimana negara pengeksport memperoleh pensijilan halal ke atas semua produk yang hendak dieksport ke negara ini.

Other News

Umno’s ‘court cluster’ hoping to replicate PH’s winning recipe by working with it?

The goal is to return to federal power without Bersatu and Muhyiddin Yassin, who has vowed not to intervene in the criminal cases of politicians in the ruling bloc.

Govt mulls extending WFH with full pay for those caring for sick family members

Prime Minister Muhyiddin Yassin says this is to encourage shared responsibility and increase women's work productivity.

The people vs the PJD Link

If the concerns of those directly affected by this proposed project are not properly addressed, the 'human costs' might be too burdensome for any political party to bear.

The paradox of Israel’s moral legitimacy

The two-state solution which remains elusive under the watch of Prime Minister Benjamin Netanyahu shows that the triumphalism from the normalisation deals is illusory.

PM ikrar pemerkasaan wanita jadi agenda penting kerajaan

Golongan wanita perlu diperkasakan adalah mereka adalah antara tonggak utama kejayaan negara.

Kerajaan akan menambah baik piawaian halal terutamanya membabitkan daging dan produk daging yang diimport, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata ini termasuk melihat semula bagaimana negara pengeksport memperoleh pensijilan halal ke atas semua produk yang hendak dieksport ke negara ini.

“Kita kena periksa juga macam mana mereka berurusan. Saya akan cuba tengok dari semasa ke semasa dengan pihak halal (Bahagian Pengurusan Halal) Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kita cuba untuk mengemaskinikan dengan lebih mendalam isu-isu seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barangan makanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Zulkifli berkata dalam menangani isu kartel daging itu, aspek perundangan juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya.

“Apabila menyalahi apa yang ditetapkan oleh pihak kerajaan maka salahlah. Itu perlu dilihat dan dibetulkan semula,” katanya.

Zulkifli berkata pihaknya turut memuat naik maklumat berhubung pengimportan daging di laman sosial Facebook dan Twitter rasmi beliau bagi memberi penjelasan kepada pengguna mengenai proses pengimportan daging.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengguna agar merujuk senarai produk yang berdaftar dan status halalnya mengikut negara sumber dalam laman sesawang Jakim.

Zulkifli berkata pihaknya turut memuat naik maklumat berhubung pengimportan daging di laman sosial Facebook dan Twitter rasmi beliau bagi memberi penjelasan kepada pengguna mengenai proses pengimportan daging.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Syarikat, pengarah dan pengurus didakwa guna logo palsu daging import

Tertuduh, syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus syarikat itu Chong Kim Kuang, 48, dan pengarahnya Yong Chee Keong, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Jakim digesa guna pakai teknologi rantaian blok demi elak skandal daging halal

Penggunaan platform TradeLens di Malaysia mampu memodenkan proses penghantaran, mewujudkan ketelusan yang lebih ketara serta meningkatkan kepuasan pelanggan.

Rasuah kartel daging, 3 lagi kakitangan Maqis direman

Ketiga-tiga mereka yang berusia 40 hingga 55 tahun direman lima hari hingga 23 Januari ini.

Abdul Aziz dilantik ketua pengarah baru Jakim

Abdul Aziz dilantik bagi menggantikan Paimuzi Yahya yang meninggal dunia Oktober tahun lepas.

Ready with 3 million doses of Chinese vaccine, Indonesia waits for halal ruling

Controversy over whether vaccines conform to Islamic rules has hindered public health responses in Indonesia before.