Sunday, February 28, 2021

Menteri agama tampil perjelas isu ucapan perayaan atas kek

Ia hanya satu 'salah faham'.

Other News

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

New cases stay above 2,000 as 10 more deaths reported

190 in the ICU, 99 in need of respiratory assistance.

Hamid Bador jelaskan mengenai kompuan RM10,000

Katanya ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000.

RM10,000 fine not for all SOP offences, top cop explains

Abdul Hamid Bador says the RM10,000 compound will not be issued for offences such as failure to wear face masks.

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Ucapan perayaan pada produk di dalam premis yang dipersijilkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah dibenarkan, asalkan ia bukanlah dibuat atas tujuan untuk dipamerkan, kata Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menjelas isu membabitkan ucapan “Merry Chirstmas” pada kek seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaNow semalam hanya satu “salah faham”.

“Ringkasnya, jika kedai B yang ada sijil halal Jakim buat kek dengan ucapan perayaan pada kek untuk tujuan pameran (display) di dalam premis, ia tidak dibenarkan …

“… tetapi jika Kedai B menyediakan kek yang ditempah A dan ada ucapan perayaan pada kek, ia dibenarkan,” jelasnya dalam satu siri ciapan di Twitter.

Tambahnya, beliau berharap penjelasan ini boleh meleraikan salah faham.

“Saya berharap penganut Kristian di Malaysia dikurniakan keamanan, kesihatan, kegembiraan dan kekayaan pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Malaysianow semalam melaporkan seorang lelaki terkejut apabila permintaannya untuk menulis ucapan Merry Christmas di atas sebiji kek ditolak kedai berkenaan untuk mematuhi syarat di dalam proses untuk mendapatkan sijil halal Jakim.

Akhirnya kek itu dihantar kepada penerima dengan tulisan ucapan “Selamat Bercuti”.

Ucapan Merry Christmas sering kali menjadi subjek perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia apabila segelintir golongan pendakwah melarang orang Islam mengucapnya kerana ia dikatakan memuja agama Kristian.

Jakim merupakan badan tunggal dalam menganugerahkan sijil halal kepada barangan dan makanan serta restoran di seluruh negara.

Pada masa lalu, pengkritik bertindak mempersoalkan beberapa syarat yang ditetapkan Jakim kepada pengeluar makanan dan francais yang ingin memperoleh sijil perakuan halal, termasuk melarang pengunaan nama-nama tertentu pada produk tersebut.

Francais terkemuka Auntie Anne’s dan restoran makanan segera A&W pernah dipaksa menukar nama produk terkenal mereka kerana syarat ditetapkan Jakim melarang pengunaan perkataan seperti “dog” dan “beer” pada menu mereka.

Disebabkan itu, Auntie Anne’s menamakan semula produk “pretzel dog” kepada “pretzel sausage”, manakala A&W terpaksa menukar dua menu popular mereka yang dikenali seluruh dunia: Coney Dog dan Root Beer, menjadi Coney Chicken (atau Beef) dan RB.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bekas menteri agama tolak dakwaan PH tidak lakukan pembaharuan terhadap Jakim

Konsep "Islam Rahmatan Lil Alamin" yang diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) berjaya diterima menjadi dasar negara sebagai kejayaan terbesar.

Laporan kami yang membentuk perbincangan nasional

MalaysiaNow menerbitkan pelbagai berita menarik 2020 sepanjang 100 hari lepas yang membentuk perbincangan nasional.

Covid-19 dijangka meningkat selepas rakyat Malaysia bercuti hujung tahun

Hotel-hotel dilaporkan penuh termasuk destinasi pelancongan menjadi tumpuan orang ramai.

‘Merry Christmas’, kedai kek dan Islam ala Malaysia

Tetapi masalah ini tidak bermula disebabkan kerajaan sekarang dan tidak juga berakhir sewaktu mereka yang melaungkan slogan reformasi memimpin.

Pemimpin Iran puji Jesus Christ dalam perutusan Krismas

Ucapan mereka menyentuh persamaan antara Kristian-Islam dalam meneruskan tradisi sambutan Krismas.