Friday, February 26, 2021

Jenazah bekas speaker DUN Johor selamat dikebumikan

Mohamad kurang selera makan sejak dua hari lepas, selepas lima hari menjalani rawatan di HSI akibat masalah buah pinggang yang dialaminya.

Other News

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Allahyarham Mohamad Aziz, yang meninggal dunia akibat masalah buah pinggang dan sakit tua malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di Johor Bahru kira-kira 10 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu kira-kira 9.40 pagi selepas selesai disolatkan di kediaman Allahyarham di Taman Nong Chik di Johor Bahru, dengan diimamkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Noh Gadut.

Bacaan talkin dipimpin Imam Besar Negeri Johor Makhadzir Abdan Al-Hafiz dan antara kenamaan yang hadir di tanah perkuburan tersebut ialah Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Azmi Rohani.

Mohamad, 80, yang menjadi Speaker DUN Johor dari 2013 hingga 2018 dan pernah dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani serta ahli Parlimen Sri Gading dari 1986 hingga 2013, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru pada 9.50 malam tadi.

Beliau juga pernah menjadi exco Kerajaan Negeri Johor serta memegang portfolio pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat manakala dalam bidang politik, pernah dilantik sebagai timbalan pengerusi tetap Umno sejak 2008 hingga 2018 selain menjadi Ketua UMNO Bahagian Sri Gading.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Abdul Shukur ketika ditemui pemberita berkata Allahyarham bapanya kurang selera makan sejak dua hari lepas, selepas lima hari menjalani rawatan di HSI akibat masalah buah pinggang yang dialaminya.

Shukur yang mewakili seluruh anggota keluarga memohon maaf kepada semua pihak sekiranya Allahyarham Mohamad ada membuat kesilapan sepanjang hayatnya khususnya sejak berkecimpung dalam arena politik tanah air.

“Terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan arwah abah saya. Mungkin dia (Mohamad) ada salah silap sama ada sengaja atau tidak, biasalah orang politik ini kadang-kadang bahasa dia (agak kasar), walhal kadang-kadang dia bergurau sahaja.

“Abah saya di luar (rumah) dilihat sebagai garang, ada yang gelar dia ‘Singa Selatan’…tetapi sebenarnya dia seorang abah yang paling ‘sporting’…apa yang anda lihat di luar, tidak sama seperti beliau di dalam rumah,” katanya menambah Allahyarham Mohamad pernah membuat pembedahan pintasan jantung, di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, pada awal 2018.

Hasni pula menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat Johor dan negara atas pelbagai sumbangan beliau termasuk menyatupadukan orang Melayu di Johor apabila berhadapan isu yang mencabar.

“Di akhir hayat beliau, Allahyarham banyak meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat malah di saat akhir, beliau masih memikirkan masa depan anak bangsa. Ini contoh seorang pemimpin berjiwa besar,” katanya.

Bekas Datuk Bandar Johor Bahru Naim Nasir pula menyifatkan beliau kehilangan seorang “abang” yang banyak membimbingnya sejak mengenali Allahyarham pada sekitar tahun 80-an.

“Salah satu yang saya perhatikan…Allahyarham sentiasa menjaga silaturahim. Sebab itu, kalau kita lihat kejayaan dia, dia berjaya sampai peringkat negara…sehingga menjadi timbalan pengerusi tetap Umno. Tidak semudah itu untuk mencapai tahap tersebut. Ini apa yang saya nampak dan saya banyak belajar daripada beliau,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pakar ekonomi Hoo Kee Ping meninggal dunia

Hoo dijadualkan untuk menjadi ahli panel Webinar Intelektual Negara yang dirancang untuk diadakan pada malam ini.

Jamali Shadat sudah tiada

Pelawak komedi veteran popular dengan watak Atan itu meninggal dunia pada 8.30 pagi tadi.

Kanak-kanak didera hingga lemas selamat dikebumikan di Jasin

Pengebumian itu dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Awam dan Angkatan Pertahanan Awam.

Anggota polis jalani kuarantin Covid-19 meninggal dunia

Bagaimanapun, masih tak dapat disahkan sama ada beliau meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Pengacara ikonik TV dan radio, Larry King meninggal dunia

Larry King bergelut dengan Covid-19 selama berminggu-minggu dan mengalami beberapa masalah kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.