- Iklan -
Berita

1,247 kes baru Covid-19, 1,441 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 18,576.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penduduk PPR Abdullah Hukum, Lembah Pantai memakai pelitup muka ketika keluar bekerja.
Seorang penduduk PPR Abdullah Hukum, Lembah Pantai memakai pelitup muka ketika keluar bekerja.

Sebanyak 1,247 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk dua jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 101,565 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,441 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 82,540 kes atau 81.3%.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 461 kes atau 37% diikuti Sabah 225 kes (18%) dan Johor 205 kes (16.4%),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 18,576 kes.

“Daripada jumlah itu 108 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 47 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat tiga lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 449 orang.

Terdapat empat kluster baru dikesan.

Salah satu membabitkan Kluster Cassia Diamond di Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor serta Barat Daya di Pulau Pinang.

Kluster Pompod di Kota Belud, Sabah, dan dua kluster dilaporkan di Kuala Lumpur melibatkan Kluster Tapak Bina Kiara daerah Kepong dan Kluster Tapak Bina Perkasa di Cheras.