- Iklan -
Berita

Petugas kesihatan alami alahan teruk selepas disuntik vaksin Pfizer

Ia merupakan kes pertama daripada lebih 30,000 orang yang menerima suntikan vaksin di New York.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Lebih 30,000 penduduk New York disuntik dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech. Gambar: AP
Lebih 30,000 penduduk New York disuntik dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech. Gambar: AP

Seorang pekerja kesihatan di New York mengalami tindak balas alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19 Pfizer, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut majalah Newsweek, memetik pegawai, kes ini yang pertama daripada lebih 30,000 orang yang menerima suntikan vaksin di bandar ini.

Menurut majalah itu petugas tersebut telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil. Tiada maklumat lanjut terkini mengenainya.

“Vaksin mempunyai kesan sampingan dan reaksi alahan, walaupun jarang terjadi, ia biasa berlaku. Kami juga tahu bahawa berdasarkan ujian klinikal dan laporan kesan buruk di bidang kuasa lain, reaksi seperti ini jarang terjadi tetapi telah dilaporkan berlaku dengan vaksin Pfizer, ” kata Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Mental NYC dalam satu kenyataan pada Rabu.