Thursday, February 18, 2021

Tauliah semakin tak relevan disebabkan populariti pendakwah dalam talian

Satu kajian terbaru mengatakan populariti pendakwah dalam talian membuatkan ‘sijil tauliah’ tidak lagi relevan.

Other News

China passenger trips plummet over CNY due to Covid-19 fears

Passenger traffic over the Lunar New Year break plunged 58% from last year to 97.7 million trips, according to preliminary estimates from the transport ministry, including journeys made via railways, roads, waterways and air.

Dalit teen girls found tied, dead on family farm in India

The girls were bound with their own clothes but police say they suspect poisoning as cause of death.

Hong Kong sees big demand for burner phones as govt pushes contact-tracing app

In Hong Kong there is a deep-seated mistrust of government public policies, including measures to curb Covid-19.

Najib akan beri keterangan bicara kes rasuah Rosmah

Peguam Rosmah, Jagjit Singh berkata bekas perdana menteri itu adalah antara saksi pembelaan yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Cops arrest ‘sugar daddy’ website boss

Sugarbook bills itself as a site 'where romance meets finance' and aims to link up older men with younger women, with the men expected to provide financial support for their companions.

Populariti pendakwah-pendakwah Islam dalam media sosial dilihat mengancam kaedah yang selama ini digunakan pihak berkuasa agama Malaysia dalam memastikan keseragaman memahami ajaran Islam, menurut satu laporan terbaru mengenai peningkatan trend pendakwah dalam talian oleh sebuah badan pemikir berpusat di Singapura.

Menurut ahli akademik Faizal Musa dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan Institut Pengajian Asia Tenggara-Yusof Ishak (Iseas), sebuah badan penyelidikan berkaitan kerajaan yang memfokuskan tentang pembangunan negara-negara serantau di Asia Tenggara, ramai pendakwah bukan sahaja tidak perlu memenuhi syarat untuk mendapatkan tauliah mengajar agama Islam, tetapi mereka juga memiliki berjuta-juta pengikut di media sosial dan menjadi tempat rujukan mengenai hal agama setiap hari.

Faizal atau nama penanya Faisal Tehrani mengatakan, penggunaan medium dalam talian oleh pendakwah menjadikan sijil tauliah tidak lagi relevan, dengan pihak berkuasa agama mendapati berlaku kesukaran bagi memantau dan mengawal mereka seperti dalam bentuk fizikal.

“Dengan media sosial, sijil tauliah menjadi semakin tidak relevan; kandungan dakwah tidak dikawal sedangkan di tempat-tempat awam mereka perlu mematuhi beberapa kriteria,” tulis Faisal yang juga merupakan pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sijil pentauliahan merupakan kebenaran yang dikeluarkan oleh majlis agama negeri bertujuan memastikan hanya mereka yang sudah menerima tauliah daripada pihak berkuasa dibenarkan memberi ceramah mengenai ajaran Islam, dan melarang mereka yang tidak diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan negeri.

Sejak beberapa tahun, pihak berkuasa menarik balik sijil tauliah yang diberikan kepada beberapa penceramah kerana didapati melanggar beberapa syarat seperti menyentuh mengenai politik, atau membuat sebarang kenyataan sensitif yang boleh menimbulkan kemurkaan dalam kalangan raja-raja Melayu.

Bagaimanapun, pengkritik birokrasi Islam di Malaysia mengatakan pentauliahan tersebut sering digunakan untuk menentukan naratif Islam, bagi menjauhkan mereka yang sering mempersoalkan amalan konservatif diamalkan sejak sekian lama dalam kalangan masyarakat Islam.

Sejak beberapa tahun lalu, pihak berkuasa agama menahan beberapa individu kerana memberikan ceramah di tempat-tempat awam tanpa sijil tauliah termasuk pendakwah terkemuka dalam dan luar negara.

Pada 2017, pihak berkuasa agama Kuala Lumpur menahan ilmuan dari Turki yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Mustafa Akyol atas kesalahan “memberi ceramah agama tanpa tauliah”, semasa siri lawatan berdakwah kebebasan bersuara dan Islam.

Faisal berkata, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, pendakwah dari Terengganu Azhar Idrus, aktivis kerja amal Ebit Liew dan selebriti rancangan realiti televisyen PU Azman (Azman Syah Elias), masing-masing mewakili mazhab yang berbeza dan pelbagai.

Kesemua mereka dilihat berjaya menggunakan media sosial seperti YouTube, memberi ceramah seluruh negara yang mana tauliah dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri tidak mampu melakukannya.

“Seiring dengan pengaruh yang dimiliki pendakwah-pendakwah ini kepada jutaan pengikut, pelbagai orientasi dan kebersamaan pendakwah ini menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pihak berkuasa agama,” kata Faisal di mana beliau sendiri mempunyai pengalaman pahit dengan pihak berkuasa agama yang mempengaruhi pihak kerajaan menyebabkan beberapa buah bukunya diharamkan.

Dalam satu soal selidik yang dilakukan dalam kalangan peminat Ebit Liew dan PU Azman, kedua-dua mereka seperti dinyatakan oleh Faisal mewakili pemahaman Islam bertentangan, yang mana difahamkan majoriti daripada responden mengakui pemahaman terhadap Islam berubah selepas mengikuti pendakwah itu.

Faisal mengatakan, PU Azman lebih cenderung kepada fahaman Wahabi, satu aliran Islam yang dilihat sebagai keras dan mempengaruhi kehidupan masyarakat di Arab Saudi sejak berdekad lalu, manakala Liew mewakili versi Islam tradisional dengan pendekatan lebih lembut yang dipengaruhi kumpulan Tablighi Jamaat yang berpusat di India.

Di beberapa negeri, kecenderungan terhadap fahaman Wahabi dan tabligh bermaksud pendakwah tersebut tidak akan mendapat pentauliahan untuk mengajar atau memberikan ceramah agama.

Tetapi, dengan adanya internet perkara itu tidak bukan lagi satu masalah, seperti yang ditunjukkan oleh jutaan pengikut Liew dan Azman.

“Oleh itu, seseorang harus bertanya adakah sijil tauliah untuk berdakwah masih relevan ketika ini kerana pendakwah tidak lagi memerlukan ruang fizikal untuk berceramah dan sebaliknya menggunakan akaun YouTube miliknya,” tulis Faisal.

“Media sosial seperti seperti Facebook dan Instagram mempunyai fungsi terbina bagi membolehkan para pendakwah berinteraksi dengan pengikut mereka secara siaran langsung.”

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Manfaatkan dana kerajaan pasarkan produk dalam talian, kata menteri kewangan

PKP seharusnya dimanfaatkan untuk berniaga secara dalam talian, katanya.

Buskers terpaksa menyanyi secara dalam talian, pendapatan terjejas 70%

Pendapatan seniman jalanan itu membolehkan Meor menyara keluarganya, tetapi semuanya berubah selepas PKP 2.0 dikuatkuasakan.

Selepas setahun, masih banyak persoalan bagi guru era pandemik

Bagaimana untuk berinteraksi dengan murid melalui pembelajaran secara dalam talian adalah antara ketidaktentuan dihadapi mereka.

Berhati-hati sebelum beli komputer riba dalam talian, kata persatuan pengguna 

CAP kesa beberapa sindiket penipuan yang menggunakan 'keldai wang' untuk menipu transaksi wang.

Parang, senjata api tersedia untuk dibeli tetapi tidak semudah disangka

Pendedahan rancangan serangan solo remaja Singapura membuktikan ia tidak mustahil untuk dilakukan dengan bantuan dalam talian.