Friday, March 5, 2021

Ku Nan fail rayuan terhadap hukuman penjara, denda

Notis rayuan itu difailkan semalam menerusi sistem kehakiman dalam talian.

Other News

Pengerusi BN terus gesa sidang Parlimen ketika darurat

BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.

Bersatu says PN still in charge, views Umno decision seriously

The party says its focus is on the economy and the pandemic, and that it takes a serious view of Umno's decision.

Hanya MySejahtera digunapakai bagi solat Jumaat di Selangor berkuat kuasa esok

Sebarang aplikasi pengimbas selain MySejahtera tidak diterima oleh Jais bagi jemaah yang ingin masuk ke dalam masjid dan surau.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi selepas beliau didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan, 70, ketika dihubungi berkata notis rayuan itu difailkan semalam menerusi sistem kehakiman dalam talian.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim pula berkata keputusan sama ada pihak pendakwaan memfailkan rayuan atau tidak akan dibuat oleh Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan.

Semalam, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah terhadap ahli Parlimen Putrajaya tersebut.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan Tengku Adnan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan diputuskan.

Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

SPRM tahan setiausaha politik Xavier dalam siasatan kes rasuah

Fazly Razally antara beberapa individu berkait bekas menteri itu yang disiasat kerana rasuah.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

End to Ku Nan’s era as Khairy tipped to contest in Putrajaya?

This comes as Umno number two Mohamad Hasan eyes a parliamentary debut through the Rembau federal seat in Negeri Sembilan.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Reaksi kepada kes Malaysiakini tunjukkan politik lebih berkuasa, bukan undang-undang

Keputusan mahkamah perlu dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang pertikaian.