Saturday, February 27, 2021

Kerajaan peroleh tambahan 6.4 juta dos vaksin Covid-19, kata PM

Kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 40%.

Other News

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

New cases stay above 2,000 as 10 more deaths reported

190 in the ICU, 99 in need of respiratory assistance.

Hamid Bador jelaskan mengenai kompuan RM10,000

Katanya ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000.

RM10,000 fine not for all SOP offences, top cop explains

Abdul Hamid Bador says the RM10,000 compound will not be issued for offences such as failure to wear face masks.

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19, iaitu tambahan 10% lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara.

Beliau berkata ini bermakna kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan sebanyak 40%, termasuk menerusi dua perjanjian yang dimeterai sebelum ini bersama fasiliti Covax dan Pfizer.

Menerusi perjanjian yang ditandatangani dengan fasiliti Covax dan Pfizer, Malaysia dijadualkan menerima bekalan yang meliputi 30% rakyat negara ini.

“Kerajaan juga dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan tambahan jaminan bekalan vaksin melebihi 80% jumlah populasi negara atau 26.5 juta,” katanya menerusi rakaman video berhubung perkembangan terkini isu itu yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia.

Kerajaan sebelum ini menyasarkan untuk memastikan liputan vaksin kepada 70% rakyat.

Perdana menteri berkata melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai setakat ini, kerajaan akan membelanjakan keseluruhan AS$504.4 juta atau RM2.05 bilion

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata perjanjian dengan Sinovac, CanSino serta Gamaleya juga akan memberi nilai tambah kepada sektor sains dan teknologi tempatan yang bakal memberi pulangan kepada rakyat serta pembangunan negara.

“Ini termasuklah melakukan proses pembotolan vaksin dalam negara, penyelidikan dan pembangunan, serta perkongsian pengetahuan dan pemindahan teknologi,” katanya.

Menurut Muhyiddin kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat farmaseutikal lain bagi memastikan negara mempunyai jaminan akses bekalan vaksin mencukupi.

“Vaksin yang diperoleh ini akan dipastikan selamat dan berkesan,” tegas beliau.

Perdana menteri berkata kerajaan sedar usaha mencegah pandemik Covid-19 daripada terus menular adalah penting bagi memastikan keadaan ekonomi rakyat dan negara dapat dibaik pulih pada kadar segera.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Khairy jelaskan mengapa tidak ambil vaksin Pfizer

Beliau merupakan menteri yang menguruskan pembelian vaksin dan masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Ismail Sabri terima suntikan vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan hari ini ialah timbalan menteri pertahanan, ketua setiausaha, panglima angkatan tentera dan panglima-panglima perkhidmatan.