Sunday, March 7, 2021

Biden terima suntikan Covid-19

Suntikan yang diterima itu bagi meyakinkan rakyat Amerika ketika ramai yang menyuarakan tidak bersedia untuk mendapatkan vaksin itu.

Other News

Ahli Parlimen PKR sahkan tiada tawaran RM10 juta untuk lompat parti

SPRM masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan rasuah tersebut.

No RM10 million offer to jump ship, says PKR MP

This follows the MACC report lodged by Natrah Ismail over an alleged attempt to procure her support for Prime Minister Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir lega setelah disuntik vaksin Covid-19

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia tidak perlu meragui keberkesanan dan keselamatan vaksin.

Trend jangkitan Covid-19 terus menurun, catat bawah 2,000 kes baru

Malaysia catat 1,683 kes baru Covid-19 hari ini.

New cases still under 2,000 as recoveries stay ahead

1,683 new cases, 2,506 recoveries.

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Isnin, untuk meyakinkan rakyat Amerika ketika ramai yang menyuarakan tidak bersedia untuk mendapatkan vaksin itu.

Biden antara pegawai tinggi AS terawal menerima suntikan itu selepas Timbalan Presiden, Mike Pence, disuntik dos pertama pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Saya lakukan ini supaya setiap orang perlu bersedia mendapatkan vaksin apabila ia tersedia,” kata bakal presiden itu sejurus menerima suntikan di sebuah klinik di Delaware.

“Tiada yang perlu dibimbangkan. Saya menunggu untuk suntikan kedua,” tambahnya.

Setiap penerima vaksin Covid-19 mesti mendapat dua dos, suntikan kedua akan diberi dalam tempoh tiga hingga empat minggu selepas dos pertama.

AS mula memberikan vaksin Covid-19 setelah Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin yang dibangunkan  syarikat gergasi farmasi AS, Pfizer pada 4 Disember.

Vaksin kedua, yang dibangunkan syarikat Moderna AS, diluluskan untuk penggunaan kecemasan oleh FDA pada Jumaat.

Biden turut menyeru orang ramai membantu menghentikan penyebaran virus dengan memakai pelitup muka semasa cuti perayaan Krismas dan tahun baru, menjaga jarak sosial, melakukan perjalanan jika perlu serta mendengar nasihat pakar-pakar kesihatan.

Beliau juga mengulangi perlunya orang ramai mendapatkan vaksin apabila ia sudah tersedia di hospital.

AS negara maju paling teruk dijangkiti, dengan catatan lebih 18 juta kes Covid-19 dan lebih 321,000 kematian pada Isnin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Dr Mahathir lega setelah disuntik vaksin Covid-19

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia tidak perlu meragui keberkesanan dan keselamatan vaksin.

Laman web daftar vaksin Covid-19 kini boleh diakses

Laman web ini adalah kali pertama pendaftaran dalam talian dibuka di luar aplikasi MySejahtera.

Jemaah teruja ‘Abah’ hadir di Masjid Negeri Perlis

Perdana menteri dijadualkan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar hari ini.

Shopee nafi jual vaksin Pfizer

Wujud individu tidak bertanggungjawab mendakwa Shopee menawarkan vaksin Covid-19, Pfizer pada harga RM63.88

Fake news, Shopee says on alleged sale of vaccine

The online shopping platform says no such listings have been found.