- Iklan -
Berita

2,062 kes baru Covid-19, hampir separuh di Selangor

911 pulih, satu lagi kematian dilaporkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pasangan suami isteri dilihat mengenakan pelitup muka ketika membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam.
Pasangan suami isteri dilihat mengenakan pelitup muka ketika membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam.

Sebanyak 2,062 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk empat jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 97,389 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 911 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 79,304 kes atau 81.4%.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,014 kes atau 49.2% diikuti Kuala Lumpur 504 kes (24.4%) dan Sabah 252 kes (12.2%),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 17,646 kes.

“Daripada jumlah itu 111 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 51 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 439 orang.