- Iklan -
Berita

2,018 kes baru Covid-19, ketiga tertinggi pernah dicatatkan

1,084 pulih, satu lagi kematian dilaporkan

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita memakai pelitup muka ketika melalui kawasan berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Seorang wanita memakai pelitup muka ketika melalui kawasan berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Sebanyak 2,018 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk tujuh jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 95,327 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,084 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 78,393 kes atau 82.2%.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,204 kes diikuti Johor 278 kes dan Sabah 247 kes,” katanya dalam sidang media harian.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 16,496 kes.

“Daripada jumlah itu 109 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 55 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 438 orang.