- Iklan -
Berita

1,340 kes baru Covid-19, 1,067 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 15,563 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Tiga anggota polis wanita dilihat berkawal di kawasan Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dikepung kawat duri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Gambar dirakam pada 24 November lalu. Gambar: Bernama

Sebanyak 1,340 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk tiga jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 93,309 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,067 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 77,309 kes atau 82.9%.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 441 kes diikuti Kuala Lumpur 284 kes dan Sabah 196 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 15,563 kes.

“Daripada jumlah itu 116 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 57 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dukacita dimaklumkan terdapat empat lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 437 orang.