- Iklan -
Berita

Najib, keluarga ucap terima kasih kepada kerajaan

Beliau menyifatkan penganugerahan Istiadat Pengebumian Negara kepada ibunya sebagai sesuatu yang istimewa kepada seluruh ahli keluarganya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri, Najib Razak memberikan penghormatan terakhir buat ibunya Allahyarhamah Rahah Mohamed Noah pada Istiadat Pengebumian Negara Rahah di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini. Gambar: Bernama

Bekas perdana menteri, Najib Razak menzahirkan penghargaan keluarganya kepada kerajaan di atas keputusan untuk menganugerahkan Istiadat Pengebumian Negara kepada ibunya, Allahyarhamah Rahah Mohamed Noah.

Beliau berkata penganugerahan itu disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa kepada seluruh ahli keluarganya.

“Penganugerahan ini akan menjadi kenangan manis kepada keluarga Tun Razak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai Istiadat Pengebumian Negara Rahah di Lingkaran Makam Pahlawan di Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata penganugerahan itu disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa kepada seluruh ahli keluarganya.

Beliau berkata majlis tahlil juga akan diadakan setiap hari selama seminggu bermula malam ini di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.

Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 petang semalam.